Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tepi, pinggir; ~ bantal tepi bantal pd lintangnya; ~ daratan = ~ pantai bahagian tepi pantai atau dataran; ~ kota tembok kota yg di luar sekali; ~ tangan tempat berpegang pd titian dll, selusur; ~ tangga tempat berpegang pd tangga, langkan; menyusur 1. berjalan (belayar dll) mengikut tepi, berjalan (belayar) sepanjang tepi: mereka belayar dgn perahu ~ pantai Pahang; 2. lalu sepanjang (jalan dll), mengikuti (sesuatu jalan, arah, dll): ia ~ jalan kampung menuju rumah Dewi; kajian seterusnya akan ~ arah­arah yg berbeza; menyusuri 1. menyusur: mereka berjalan lambat-lambat ~ pantai; mereka berjalan ~ kaki lima; 2. ki mengikuti, meneliti: saya susuri ceramah beliau dgn hati-hati; susuran; ~ tangga susur tangga; penyusur; kapal ~ kapal yg menyusur pantai (singgah di pelabuhan kecil sahaja). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
susur (kata kerja)
Bersinonim dengan tepi, pinggir, sembir;,
Kata Terbitan : menyusur, menyusuri,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
susur kelapasusur kelapaSukanTiadaTiada
railsusurKesenianHiasan DalamanBahagian mendatar yang terdapat pada kerangka, panel tingkap atau pintu. Dalam pertukangan kayu, susur merujuk kepada sebarang anggota mendatar yang diikat menggunakan tanggam lubang puting atau dengan cara lain di antara atau di atas dua tiang yang menyebabkan pembentukan kerangka atau panel yang berikut: a. pagar, sama ada petak pengurungan dibentuk dengan hanya dua rel selari atau lebih untuk membolehkannya dipaku kepada anggota menegak atau tiang; b. koping pada selasar yang dikenali sebagai selusur tangan, yang terdapat pada tangga; c. bingkai pada panel, pintu, tingkap atau gambar dengan anggota mendatar dan menegak bingkai bertindak sebagai penerima panel; d. susur batu berbentuk besar dan berat, dipahat dengan hiasan yang teliti serta bertindak sebagai pagar upacara kepada lereng curam kuil Buddha purba; e. gegalang, iaitu bebatang mendatar yang digunakan sebagai alat gantung untuk tuala dan langsir; f. gelangsar, iaitu kekotak untuk meluncur atau menggelincir pintu atau pintu lipat gelangsar, sama ad
handrailsusur tangan; penggayut; selusurKesenianTiadaSusur tangan: Bahagian untuk menyusur tangan, biasanya pada tangga, jerjak dan sebagainya.
balusterjerejakKesenianSeni BinaUnsur binaan menegak yang menyokong susur tangan atau susur tangga. Jerejak tradisional lazimnya diperbuat daripada kayu yang dilarik atau kepingan papan yang ditebuk atau diukir. Jerejak juga boleh diperbuat daripada bahan konkrit. Bagi bangunan moden, jerejak dibuat dengan menggunakan jeriji besi atau kayu yang berlarik. Jerejak yang dipasang secara berderetan disebut sebagai rangkaian jerejak. Lihat juga rangkaian jerejak.
sidewall samplingpensampelan susur dindingGeologiTiadaProses mendapatkan teras susur dinding, biasanya melalui penukulan.
emergency access roadjalan susur kecemasanKejuruteraan AutomotifTiadaJalan susur di lebuh raya yang digunakan semasa kecemasan sahaja.
rampsusur landaiUmumTiadaPermukaan menurun atau menaik yang menghubungkan aras rendah kepada aras yang lebih tinggi atau sebaliknya, sebagai alternatif penggunaan tangga. Contohnya, susur landai yang dibina berhampiran tangga untuk pengguna kerusi roda.
balusterkekisiKesenianHiasan DalamanKomponen tangga yang dibina di bawah susur tangan, yang berfungsi sebagai pengadang keselamatan dan penyokong. Kekisi biasanya disusun memanjang bagi membentuk suatu siri tiang penyokong kepada susur tangan pada tangga. Biasanya komponen kekisi diperbuat daripada kayu, logam, dan kaca dengan reka bentuk klasik.
balustraderangkaian jerejakKesenianSeni BinaBarisan jerejak yang dipasang untuk tujuan keselamatan, dan dalam masa yang sama dijadikan sebagai unsur hiasan. Rangkaian jerejak biasanya dikemaskan dengan susur tangan yang biasanya dibina pada susur tangga atau binaan tangga pada lantai yang datar atau mencerun.
longshoresusur pesisirGeografiTiadaTiada
12345678910

Kembali ke atas