Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sya.rat] | شرط

Definisi : 1. tuntutan (permintaan) yg mesti dipenuhi, jaminan, janji: jika orang yg meminang itu tidak dapat menunaikan tanda bertunang itu, maka segala ~-~ yg telah dipersetujui dahulu dibatalkan; 2. segala yg diperlukan (utk mencapai sesuatu yg di­maksudkan dll): ~ yg paling mustahak utk menamatkan perselisihan itu ialah kema­huan dan kesediaan utk berselesai; 3. ke­tentuan (rukun, peraturan, dll) yg mesti dipatuhi: Islamkah engkau kalau engkau tidak mengikut ~-~ dan undang-undang yg diwajibkan atas seorang Islam? 4. bayaran (barang dll) yg perlu kpd guru silat (bomoh dll); ~ mutlak syarat yg tidak boleh tidak dipenuhi; bersyarat ada syaratnya, dgn syarat, (dgn) disertai sesuatu syarat, menjadikan (sbg) syarat: dia sendiri terasa betapa bodohnya dia mengaku kalah tanpa ~ itu; mensyaratkan menuntut (meminta) sbg syarat, mengenakan syarat, menjadikan (sbg) syarat: PBB telah ~ bahawa negara anggota yg tidak membayar hutang sampai tiga tahun dgn sendirinya akan gugur haknya utk mengundi; pensyaratan proses mengenakan syarat: pelbagai disiplin memerlukan ~ yg lain pd ciri sosiologi sastera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sya.rat] | شرط

Definisi : 1 apa-apa yg mesti dipatuhi utk mengesahkan sesuatu: Bagaimana engkau bersembahyang jika engkau tidak mengetahui ~-~ sembahyang? 2 segala sesuatu yg perlu atau yg harus ada utk mencapai sesuatu tujuan: ~-~ utk memohon jawatan itu ialah ijazah B.A. (Hons) serta berpengalaman lima tahun dlm bidang tsb dan berbadan sihat. bersyarat ada (syarat-)syaratnya: tidak ~ tidak dgn janji. mensyaratkan menjadikan sesuatu sbg syarat; mem­berikan (mengenakan) syarat: Kerajaan ~ supaya semua pengusaha mengambil pekerja dr segala kaum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
syarat (kata nama)
Bersinonim dengan tuntutan, permintaan, ketentuan, ketetapan;,
Kata Terbitan : bersyarat,

Peribahasa

Pahit dulu,
     manis kemudian.

Bermaksud :

Perjanjian hendaklah dibuat dengan syarat-syarat yang terang dan tegas; supaya jangan timbul perselisihan di kemudian hari.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
persistent objector ruleperaturan pembantah berterusanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaSyarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh sesebuah negara yang membantah supaya tidak terikat dengan sesuatu amalan negara-negara lain yang menjadi undang-undang adat antarabangsa. Terdapat dua syarat yang perlu dipatuhi. Syarat pertama ialah bantahan hendaklah dikekalkan dari awal amalan itu mula dilakukan, sehingga ia menjadi undang-undang adat antarabangsa dan berterusan sepanjang masa. Syarat berikutnya ialah bantahan hendaklah dibuat secara tetap. Syarat-syarat ini terkandung dalam peraturan yang dibuat oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa dalam kes Anglo-Norwegian Fisheries. Lihat juga pembantah berterusan.
valid pawnbrokinggadaian sahEkonomiEkonomi IslamGadaian yang memenuhi semua syarat yang diperlukan. Syarat tersebut meliputi syarat orang yang berakad, syarat sighah, syarat barang dan syarat hutang yang berkaitan. Walau bagaimanapun, wujudnya perbezaan pendapat dalam kalangan ulama tentang syarat tersebut. Contohnya, gadaian barang majhul adalah sah mengikut mazhab Syafii dan Hambali tetapi tidak sah mengikut mazhab Hanafi.
credit termssyarat kreditPentadbiranTiadaSyarat-syarat bayaran yang ditawarkan penjual kepada pembeli.
suspendpenggantunganUndang-undangTiadaTidak melaksanakan hukuman bergantung pada syarat tertentu selagi syarat-syarat tersebut dipatuhi, contohnya dalam seksyen 294 dan 173A Kanun TatacaraJjenayah.
provision supplementarysyarat-syarat tambahanPentadbiranTiadaTiada
terms of a contractsyarat-syarat sesuatu kontrakUndang-undangTiadaTiada
terms of the documentsyarat-syarat dalam suratanUndang-undangTiadaTiada
terms and conditions of servicesyarat-syarat perkhidmatanUndang-undangTiadaTiada
terms and conditions of this Agreementsyarat-syarat perjanjian iniUndang-undangTiadaTiada
non valid pawnbrokinggadaian tak sahEkonomiEkonomi IslamGadaian yang tidak memenuhi salah satu syarat yang diperlukan seperti syarat orang yang berakad, syarat sighah, syarat barang dan syarat hutang yang berkaitan. Contohnya, syarat orang yang berakad mestilah waras. Oleh itu, gadaian yang dibuat oleh orang yang tidak waras menyebabkan gadaian berkenaan menjadi tidak sah. Gadaian ini juga dikenali sebagai gadaian batil atau gadaian fasid.
12345678910...

Kembali ke atas