Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.jau] | تاجاو

Definisi : sj tempayan besar yg dibuat drpd tanah liat (berlapis sj kaca). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tajau


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
secondary burial jarperkuburan tajau sekunderArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiPenguburan kali kedua yang menggunakan tempayan tanah. Perkuburan tajau sekunder paling awal di Asia Tenggara ialah di Gua Niah (Sarawak) yang berusia sekitar 2000 SM. Tempayan tanah ini digunakan untuk tujuan pembakaran rangka mayat. Pada waktu yang sama terdapat juga lebih daripada seorang individu dikuburkan secara bersama-sama, tetapi ini jarang berlaku. Bekal pengebumian yang kerap ditemui pada perkuburan tajau sekunder ini ialah tembikar tanah dwimuncung, dipercayai digunakan untuk tujuan ritual semasa penguburan. Ketika Zaman Logam dan seterusnya, pembakaran mayat tidak dilakukan lagi, tetapi tempayan tanah diisi dengan tulang manusia sahaja. Bekal pengebumian yang kerap ditemui terdiri daripada beliung batu, objek logam, gangsa, pisau besi dan manik kaca. Perkembangan penguburan ini berakhir sekitar 1000 tahun di Sabah sementara di Sarawak sekitar zaman sejarah kerana pernah ditemui tempayan tembikar batu China yang menggantikan tempayan tanah tempatan. Antara tapak penemuan di Bukit Tengkorak, Pusu L
tub containertajau tanamanLandskapTiadaLihat bak tanaman.
tub containerbak tanamanLandskapTiadaBekas berbentuk bulat atau besen yang diperbuat daripada tanah liat, logam, kayu dan sebagainya yang digunakan bagi tujuan penanaman. Sinonim tajau tanaman.
ceramicseramikArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiArtifak yang diperbuat daripada tanah liat yang dibakar pada suhu tertentu. Antara artifak yang dikategorikan sebagai seramik ialah terra cotta, tembikar, tembikar batu, porselin dan seladon. Seramik ialah salah satu bahan perdagangan yang utama di Asia Tenggara dan di Eropah. Seramik juga dianggap sebagai bahan milik yang amat berharga pada sesetengah masyarakat, seperti tajau (tempayan) bagi masyarakat Iban di Sarawak. Pusat pembuatan seramik perdagangan awal yang utama ialah China, Khmer (Kampuchea), Thailand dan Parsi. Perkataan seramik berasal daripada perkataan Yunani �keramos� bermaksud barang yang mudah pecah.

Kembali ke atas