Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tidak ada. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tak ada

Puisi
 

Tak ada damar pasang lilin,
     Buat terang waktu malam;
Bukannya pandai bukannya alim,
     Tetapi tahu cara Islam.


Lihat selanjutnya...(48)
Peribahasa

Bunga yang harum itu ada juga durinya.

Bermaksud :

Tak ada yang tak ada cacatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak ada elok yang tidak bercacat, b. Tak ada gading yang tak retak).

 

Lihat selanjutnya...(71)

458

Nobody is perfect

Orang atau sesuatu paling hebat pun ada kekurangannya.

Tak ada padi yang bernas setangkai

She has been in the industry for 50 years, and this was her first mistake, but nobody is perfect. Everybody has his or her faults. Stop criticizing her.

Sudah 50 tahun dia bergiat dalam industri tersebut, dan ini kali pertama dia melakukan kesilapan, tetapi tak ada padi yang bernas setangkai. Manusia mana tidak ada kelemahan? Janganlah awak mengkritiknya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(31)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
monotonic functionfungsi berekanadaMatematikTiadaFungsi yang sama ada tak menyusut berekanada atau tak menokok berekanada.
drug discoverypenemuan ubatPerubatanTiadaProses penemuan sesuatu ubat sama ada secara tak sengaja atau daripada hasil kajian melalui pengubahsuaian terhadap molekul kimia yang sedia ada. Penemuan ubat merupakan langkah pertama dalam perkembangan penghasilan ubat.
filamenfilamenMatematikTiadaGaris tak sekata yang dapat dilihat dalam spektroheliogram matahari. Ada yang cerah ada pula yang gelap. Yang gelap dikenal sebagai flokuli hidrogen.
dwarfismkekerdilanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSaiz badan yang kecil atau rendah disebabkan oleh faktor genetik atau perubatan. Kekerdilan ini terbahagi kepada dua, iaitu kekerdilan tak seimbang dan kekerdilan seimbang. Kekerdilan tak seimbang ialah apabila ada antara anggota badan yang bersaiz kecil dan ada yang bersaiz biasa. Kekerdilan seimbang ialah anggota badan berkeadaan kecil dengan saiz yang sama.
autogenyautogeniPerubatanTiada1. Penghasilan organisma hidup daripada benda tak hidup, dipertimbangkan sama ada dari segi asal usul kehidupan di muka bumi, atau sebagai generasi spontan. 2. Asal usul, penghasilan atau pembiakan di dalam organisma yang sama.
partial rhymerima tak sempurnaKesusasteraanPuisiRima yang terbentuk tak sempurna di hnjung setiap baris sama ada dalam setiap rangkap ataupun keseluruhan sebuah puisi. Contohnya, pada rangkap empat puisi "Dua Penghijrahan" karya A.S. Amin di bawah. manusia mati dan hidup terasa panas seluruh daun maut berjalan lurus
hormonehormonPsikologiPsikologi UmumBahan kimia dalam badan yang dirembeskan oleh kelenjar tak bersaluran yang ada hubungannya secara langsung atau tidak langsung dengan tingkah laku manusia dan haiwan. Terdapat beberapa fungsi biologikal utama yang dikendalikan oleh hormon seperti mempromosikan pertumbuhan organisma, membantu penghadaman dan mengatur metabolisme yang sekiranya bercelaru boleh menimbulkan kesan psikologi seperti kompleks rendah diri atau masalah kesejahteraan psikologi yang lain. Hormon daripada kelenjar adrenal mempunyai kesan langsung kepada psikologi manusia atau haiwan melalui tindakannya semasa berada dalam keadaan yang mencemaskan. Hormon adrenalina dan noradrenalina pula akan meningkatkan aktiviti organ seperti jantung, paru-paru dan saluran darah untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi kecemasan yang diwujudkan oleh rangsangan emosi. Walau bagaimanapun, tindakan hormon tidak secepat sebatian neurotransmiter kerana tindakannya bergantung pada bantuan sistem edaran darah.
choosycerewetPentadbiran PerniagaanTiadaSifat yang banyak cakap, suka berleter, mencela, bersungut dan ada saja yang tak kena.
populationpopulasiMatematikTiadaSejumlah perkara yang ciri tertentunya diminati; keseluruhan perkara ini sama ada terhingga atau tak terhingga. Misalnya, kumpulan manusia, haiwan atau objek, dan pengeluaran suatu kilang.
non-extracted formbentuk tak terekstrakHerbaPeraturan dan PemasaranBentuk tak terlarut sesuatu tumbuhan yang tertinggal (sisa) selepas proses pengekstrakan. Bahan ini ada kalanya digunakan dalam pembuatan produk herba.
12345678

Kembali ke atas