convulsion | konvulsi | Perubatan | Tiada | Kontraksi tak voluntari yang kuat pada otot rangka, yang berlaku secara berterusan atau terhenti-henti. |
UART (universal asynchronous receiver transmitter) | UART (penerima penghantar tak segerak sejagat) | Teknologi Maklumat | Tiada | Litar elektronik untuk port bersiri yang menukarkan data selari daripada CPU ke bit bersiri untuk penghantaran dan sebaliknya. Litar ini juga menjana dan melucutkan bit mula dan bit henti yang disambung kepada setiap aksara. Banding USRT (universal synchronous receiver transmitter) |
resist | rintang | Kejuruteraan | Tiada | 1. Saluran tak mengalir kalis asid yang digunakan untuk melindungi bahagian-bahagian tertentu corak pendawaian daripada tindakan pemunaran semasa pembikinan papan pendawaian tercetak.,2. Bahan penebat, misalnya lakuer, yang dikenakan kepada permukaan bahan kerja untuk menghalang elektropemplatan atau tindakan elektrolit di kawasan bersalut. Sinonim henti tolak. |
character per second (cps) | aksara per saat (cps) | Teknologi Maklumat | Tiada | Dalam komunikasi tak segerak, unit ukuran kadar kelajuan penghantaran data. Misalnya kadar penghantaran data adalah 2400bps, dan setiap aksara yang dihantar menggunakan 10 bit (iaitu 8-bit untuk aksara, 1 bit mula dan 1 bit henti), maka kadar kelajuan pemindahan data adalah 240 aksara per saat (cps). Untuk pencetak pula, unit kelajuan pencetak mencetak aksara per saat. Misalnya kelajuan pencetak dot matriks dengan 10 aksara per saat(cps), bermaksud pencetak ini akan mencetak sebanyak 10 aksara dalam tempoh satu saat. |
zombie | zombi | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Komputer yang dikawal dari jauh oleh pengguna hasad dan berperanan sebagai pelantar serangan DDoS terhadap sasaran tertentu. Daemon DDoS akan dipasang pada komputer ini tanpa pengetahuan pengguna sebenar dan daemon ini akan menunggu arahan daripada penggodam untuk tindakan seterusnya. Penggodam boleh menghantar arahan pada bila-bila masa kepada komputer ini dari lokasi berasingan untuk melancarkan serangan bagi pihaknya. Komputer zombi biasanya menyerang secara membanjiri komputer sasaran dengan limpahan paket data tak berguna tanpa henti. Komputer sasaran akan menganggap bahawa serangan berpunca daripada komputer zombi dan bukannya daripada komputer penggodam. Serangan tersebut hanya boleh dihentikan apabila pengguna sebenar menemui dan membatalkan daemon DdoS pada komputernya. |