tal | tal | Muzik | Tiada | Lihat tala. |
tall oils | minyak tal | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Minyak berwarna kuning hitam yang berbau busuk yang terdiri daripada campuran rosin, asid lemak, storel, dan campuran alkohol berberat molekul tinggi yang diperoleh daripada likuor buangan proses mempulpa kayu cara Kraft. Minyak ini timbul di permukaan likour sulfat apabila disejukkan dan dapat diasingkan secara pengempuran. Minyak ini digunakan dalam pembuatan sabun, minyak pelincir dan cat. |
tudung saji | tudung saji | Kesenian | Tiada | Alat menutup sajian daripada daun sal atau tal, berbentuk kerucut, beranyam mata punai sebagai dasar atau rangka, disisip tiga penjuru menghasilkan anyam gila, berbingkai rotan yang beranyam insang pari atau gigi yu. |
dhrupad | dhrupad | Muzik | Tiada | Genre vokal Hindustani yang diiringi 12 bit, iaitu dhrupad tal. Dhrupad didahului alap yang panjang dan terdiri daripada empat bahagian iaitu sthayi, antara, san chari dan ab hog, Sinonim dhruvapada. |
khyal | khyal | Muzik | Tiada | Genre vokal bermeter dalam muzik klasik Hindustani yang terdiri daripada karya yang dicipta, iaitu chiz dan improvisasi yang panjang. Khyal mengandungi raga dan tal. |
matra | matra | Muzik | Tiada | Unit masa terkecil atau bit asas dalam tala muzik klasik Hindustani India Utara. Matra mempunyai konsep yang sama dengan akshara dalam muzik Karnatak. Contohnya, tala tintal yang terdiri daripada pusingan rentak 16 bit mempunyai empat bahagian yang dinamai vibhag dan setiap vibhag mempunyai empat matra. Lihat juga vibhag, akshara. |
tala | tala | Muzik | Tiada | Sistem metrik dalam muzik Hindustani dan Karnatak yang berasaskan pusingan masa dengan bilangan bit yang tertentu. Setiap tala diberikan nama tertentu dan setiap pusingan dibahagikan kepada beberapa bahagian. Contohnya, dalam muzik Karnatak, tintala terdiri daripada pusingan 16 bit yang dibahagikan kepada empat bahagian atau anga dan berbentuk (4 bit + 4 bit + 4 bit + 4 bit). Sementara jhaptal tala terdiri daripada pusingan 10 bit yang dibahagikan kepada empat anga dan berbentuk (2 bit + 3 bit + 2 bit + 3 bit). Silibal nemonik, iaitu bol digunakan untuk mengajar pukulan dram. Sinonim tal. Lihat juga akshara, anga, bol, matra, vibhag. |