Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
perimeter walklaluan kelilingLandskapTiadaLorong pejalan kaki yang mengelilingi sempadan kawasan taman, perumahan dan sebagainya.
circuit walkIitar pejalan kakiLandskapTiadaSistem rangkaian lorong pejalan kaki yang dibina di kawasan bandar, taman, perumahan dan sebagainya.
landscape designreka bentuk landskapPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaReka bentuk dan perancangan landskap pada kawasan berskala kecil atau sederhana untuk tujuan khas seperti di taman perumahan atau di taman industri.
neighbourhood landscapelandskap kejirananLandskapTiadaPersekitaran kawasan perumahan seluas 0.5 hektar hingga 15 hektar yang mengandungi kawasan lapang awam, taman dan padang permainan.
green beltjalur hijauBiologiEkologiKawasan tertentu yang tidak dibenarkan mendirikan bangunan atau rumah. Kawasan ini diwujudkan untuk memisahkan kawasan perindustrian daripada kawasan perumahan. Misalnya, Bukit Nanas dan Taman Tasik Perdana merupakan jalur hijau di Kuala Lumpur.
local authoritypihak berkuasa tempatanSains PolitikPolitik PerbandinganKerajaan yang berada di peringkat tempatan seperti kota, bandaran, daerah dan mukim yang memiliki bidang kuasa mengurus dan memelihara kepentingan tempatan seperti kebersihan bandar, pengurusan sampah, cukai pintu, perumahan dan kedai, tempat letak kereta, taman dan rekreasi, khidmat komuniti, urusan alam sekitar dan trafik. Bidang kuasa ini terlebih dahulu telah ditetapkan oleh dewan perundangan dan termaktub dalam perlembagaan. Bagi sebuah negara persekutuan, urusan kerajaan tempatan ini terletak di peringkat negeri. Contohnya, pengutipan cukai pintu berbeza kadarnya antara satu bandar dengan bandar lain bergantung kepada autoriti tempatan kawasan tersebut. Sinonim autoriti tempatan.

Kembali ke atas