Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tam.pung] | تمڤوڠ

Definisi : menampung 1. menadah se­suatu yg jatuh atau menitik: baldi utk ~ air hujan; 2. menerima, memberi tempat utk: beliau telah memilih Irian Barat sbg tempat ~ pen­duduk Jawa yg berlebihan itu; 3. menerima dan mengurus (penganggur dll): bagaimana­kah dapat ditampung mereka yg gagal di sekolah? 4. menerima dan me­­­­­­­­ngum­pulkan (hasil, bahan, dll): hilanglah segala media penerbit­an yg selama sebelum perang banyak ~ hasil-hasil pengarang cerpen; 5. mengadang di jalan dan melawan (musuh yg menyerang dll), mencegat, meme­gat, mena­­­­han: serangan angkatan udara musuh dapat ditampung oleh kapal-kapal terbang kita; 6. menerima dan mengatasi (masalah dsb): ada cara utk ~ kemis­kin­an dan kekurangan diri; ~ doa bertadah amin; menampungkan menampung dgn, mena­dah­kan; ~ tangan bertadah amin (ketika ber­doa); tertampung dapat (berupaya) ditampung; penampungan perihal menampung, peneri­maan, penadahan; penampung 1. alat utk menampung: cawan ~ susu getah; 2. orang yg menampung (meng-u­ruskan sesuatu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.pung] | تمڤوڠ

Definisi : 1. perca kain dll yg digunakan utk mengganti (menyambungkan) bahagian kain yg sobek; 2. belang (pd kuda, lembu); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.pung] | تمڤوڠ

Definisi : 1. perca kain dll yg digunakan utk mengganti (menyambungkan) bahagian kain yg sobek; 2. belang (pd kuda, lembu); badak ~ tenuk; bertampung berganti (tempat yg sobek) dgn kain lain, bertampal, bersambung (dgn kain lain): bajunya ~ tetapi bersih; menampung menampal dgn perca kain dll (utk mengganti yg koyak atau sobek), me­nam­pal: bakul yg tembus ditampung dgn mengkuang; ~ lantai mengganti papan lantai yg telah rosak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.pung] | تمڤوڠ

Definisi : ark; menampung menampar, menempeleng. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.pung] | تمڤوڠ

Definisi : ; menampung 1 menadah sesuatu yg jatuh, menitik dll. 2 mem­beri tempat (ruang dsb) utk: Sta­dium itu dpt ~ kira-kira 50,000 orang penonton. 3 menerima dan mengurus (sesuatu golongan, hasil dll): Kilang itu dijangka dpt ~ sebilangan penganggur bagi mendapatkan pekerjaan. Majalah itu diterbitkan utk ~ karya para penulis tempatan. menampungkan menadahkan sesuatu; menggunakan sesuatu utk menadah: ~ tangan mena­dahkan tangan (ketika berdoa). pe­nampungan perbuatan atau hal me­nampung; penadahan. penampung alat yg digunakan utk menampung: cawan ~ susu getah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tam.pung] | تمڤوڠ

Definisi : 1 sesuatu spt perca kain dll yg digunakan utk menyambung bahagian kain yg koyak. 2 belang pd tubuh binatang, spt kuda, badak. ber­tampung bersambung dgn kain lain; bertampal: Bajunya ~. menampung menampal dgn perca kain dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tampung
Kata Terbitan : menampung, penampungan, penampung,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
menggambungmenggambungPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi pokok dan kayu Vernonia arborae daripada famili Compositae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah medang lempung dan medang gambung, dan di Sabah ialah tampung-tampung. Gubal kayu mengambung sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna kuning jerami. Tekstur kayunya agak kasar tetapi sekata dengan ira yang lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 305 hingga 465 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang lembut dan ringan
water holding capacitykeupayaan tampung airMakanan dan PemakananMakananKemampuan molekul dalam makanan untuk memerangkap kandungan air dan menahan pengeluaran air daripada makanan apabila dikenakan daya seperti graviti, emparan atau pemanasan. Keupayaan tampung air memainkan peranan penting ke atas tekstur produk makanan terutamanya produk daripada daging kisar dan doh yang dibakar.
patchtampal; tompok; tampungKomputerTiadaTiada
cover drivepukul tampungSukanTiadaPukulan yang menghala ke tengah padang berhampiran dengan pemukul.
carrying capacitykeupayaan tampung; keupayaan muatan; keupayaan simpanGeografiTiadaTiada
carrying capacitykeupayaan tampung; keupayaan muatan; keupayaan simpanKependudukanTiadaTiada
carrying capacitykeupayaan tampung; keupayaan muatan; keupayaan simpanPerikananTiadaTiada
carrying capacitykeupayaan tampung; keupayaan muatan; keupayaan simpanPertanianTiadaTiada
gap financingpembiayaan tampungPenilaian Harta TanahTiadaTiada
liftlif; angkat, beban tampungFizikTiadaTiada
12

Kembali ke atas