mature soil | tanih matang; tanah matang | Geografi | Tiada | Tanih yang mempunyai horizon tanih yang sudah cukup terbentuk oleh proses pembentukan tanih, atau tanih yang telah mencapai keseimbangan dengan alam sekiranya. |
mature soil | tanih matang; tanah matang | Geologi | Tiada | Tanih yang mempunyai horizon tanih yang sudah cukup terbentuk oleh proses pembentukan tanih, atau tanih yang telah mencapai keseimbangan dengan alam sekiranya. |
immature soil | tanah tak matang | Geologi | Tiada | Salah satu daripada tiga order tanih dalam pengelasan tanih 1938. Tanih ini tidak mempunyai horizon yang berkembang baik dan menyerupai bahan induk. |
silt | lodak | Hidrologi | Tiada | (1) Bahan tanih tak organik yang halus dan berbutir dan dikelaskan mengikut tekstur tanih dan pisahan tanih, misalnya mengikut Persatuan Sains Tanih Antarabangsa bahan yang bergaris pusat antara 0.02 mm dan 0.002 mm atau mengikut Biro Tanih Amerika Syarikat bahan yang bergaris pusat antara 0.5 mm dan 0.005 mm. (2) Endapan peroi yang tergolong dalam pecahan terhalus, kebanyakan zarahnya adalah lebih kecil daripada pasir dan lebih besar daripada zarah lempung. (GG) |
desert soil | tanih gurun | Geografi | Tiada | Kumpulan tanih zon yang mempunyai tanih permukaan berwarna cerah yang ditindih bahan berkapur, kematu dan menunjukkan pembentukan profil yang tidak matang. |
desert soil | tanih gurun | Geologi | Tiada | Kumpulan tanih zon yang mempunyai tanih permukaan berwarna cerah yang ditindih bahan berkapur, kematu dan menunjukkan pembentukan profil yang tidak matang. |
wilting point | takat layu | Sains | Hidrometeorologi | takat tanih mengandungi air yang amat sedikit (diukur sebagai peratus tanih kering) sehingga tanih itu tidak berupaya untuk membekalkan air pada kadar yang cukup untuk menahan tumbuhan daripada kekal layu. Takat ini berubah mengikut jenis dan struktur tanih, lebih kurang 3 peratus bagi pasir ringan dan 20 peratus bagi lempung berat, dan bersepadanan dengan suatu keupayaan rerambut lebih kurang 150 meter air |
moisture equivalent | kesetaraan lengasan | Sains | Hidrometeorologi | Air yang tertahan dalam tanih selepas tanih itu dikenakan daya emparan yang bersamaan 1000 kali ganda daya graviti. Nilai kesetaraan lengasan hampir sama dengan kapasiti lapangan (pF = 2.7). |
structural water | air struktur | Hidrologi | Tiada | Air yang tertinggal dalam tanih setelah tanih itu dikeringkan dalam tanur pada suhu 105oC. |
moisture equivalent | kesetaraan kelengasan | Hidrologi | Tiada | Air yang tertambat dalam tanih apabila tanih itu dikenakan daya empar 1,000 kali daya graviti selama 30 minit. |