change in manufacturing site | pertukaran tapak pengilangan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Tindakan mengubah premis pengilangan suatu produk berdaftar dari premis asal produk didaftarkan ke premis yang baharu. Menurut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR) di Malaysia, kelulusan pertukaran tapak pengilangan untuk produk berdaftar diperoleh daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK). Pemegang pendaftaran dan/atau pengilang adalah bertanggungjawab terhadap kualiti, keberkesanan dan keselamatan produk-produk mereka. Terdapat lima jenis pertukaran tapak pengilangan, iaitu: i. Jenis I: pertukaran tapak premis dalam di negara; ii. Jenis II: pertukaran luar negara ke Malaysia; iii. Jenis III: pertukaran di luar negara; iv. Jenis IV: pertukaran untuk kategori khas produk; dan v. Jenis V: bagi situasi krisis. Jenis ll, lll, IV dan V, memerlukan permohonan pertukaran tapak pengilangan. |
site-directed mutagenesis | mutagenesis terarah tapak | Farmasi | Bioteknologi Farmasi | Teknik in vitro yang digunakan untuk mengubah jujukan DNA pada bes yang spesifik, biasanya plasmid. Teknik ini mempunyai pelbagai aplikasi, antaranya adalah: i. menghasilkan plasmid dengan ciri yang dikehendaki, seperti memperkenalkan tapak pembatasan enzim baharu; ii. menghasilkan produk gen (protein) berciri baharu; dan iii. menentukan fungsi gen. |
terminus post quem | terminus post quem | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Pengamatan terhadap kedudukan artifak dan stratigrafi tanah. Pengamatan ini berhubung dengan penentuan kedudukan dan lapisan budaya artifak. Siranya artifak berada di bawah lapisan lantai tanah, ia tidak mungkin berada pada lapisan budaya setelah pembentukan lantai tersebut. Keadaan ini dikenal sebagai terminus pos quem. Sebaliknya, jika artifak berada pada lapisan stratigrafi, keadaan ini dikenali sebagai terminus ante quem. Contohnya di tapak A ditemui tembikar C yang berada pada lapisan III dan pada waktu yang sama tembikar C dijumpai juga pada lapisan II di tapak B. Maka tembikar C merupakan terminus post quem. Keadaan tembikar sebaliknya, dikenali dengan terminus ante quem. |