basic services | perkhidmatan asas | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Kemudahan yang perlu ada untuk mempertingkat taraf hidup masyarakat. |
rate | kadar | Komunikasi | Korporat | Jumlah bayaran bagi sesuatu perkhidmatan pengiklanan atau perhubungan awam yang ditetapkan oleh sesebuah agensi media atau syarikat perunding. Penetapan kadar bayaran berbeza kerana beberapa faktor seperti yang berikut: (i) Berdasarkan kemasyhuran media, iaitu berdasarkan jumlah pendedahan khalayak terhadap sesuatu media sama ada bercetak atau elektronik. (ii) Berasaskan kedudukan waktu siaran dalam sehari dan kemasyhuran sesuatu rancangan yang akan ditaja, terutamanya dalam media elektronik. (iii) Berasaskan kedudukan iklan di sesuatu halaman di media cetak. (iv) Berasaskan taraf sosioekonomi pembaca. Lebih tinggi taraf sosioekonomi, lebih tinggi kuasa beli pembaca, maka lebih tinggi kadar bayaran ruang iklan dalam penerbitan berkenaan. Dalam perhubungan awam, kadar pembayaran biasanya melibatkan aktiviti mendapatkan khidmat perundingan. |
mature economy | ekonomi matang | Ekonomi | Tiada | Ekonomi yang cukup maju, yang sudah sampai ke tahap pertumbuhan terakhir, apabila sektor dalaman sudah cukup teguh dan berupaya mengeluarkan barangan atau perkhidmatan yang diperlukan oleh masyarakat. Sektor luar dicirikan oleh pelaburan ke luar negeri yang besar. Istilah ini mula digunakan oleh Rostow untuk merujuk tahap pertumbuhan ekonomi yang boleh dicapai oleh sesebuah negara. Kegiatan ekonomi lebih banyak tertumpu pada sektor perkhidmatan dan peningkatan taraf hidup. |
distributive policy | dasar pengagihan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Dasar yang dibentuk untuk menyelaraskan pengagihan peruntukan dari segi kewangan, keperluan barangan dan perkhidmatan kepada masyarakat oleh badan kerajaan dan agensinya. Dasar ini penting untuk memastikan kekayaan negara dapat diagihkan secara saksama dan sama rata. Pengagihan yang seimbang akan menjamin keamanan negara, keselamatan sosial dan kesejahteraan rakyat. Contohnya, peruntukan yang diberikan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dapat menjamin dan mempertingkatkan taraf kesihatan dan kebajikan rakyat. |
public officer | pegawai awam | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Individu yang dilantik oleh kerajaan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab tertentu bagi memenuhi kepentingan masyarakat. Pegawai awam yang dilantik perlu mempunyai kelayakan tertentu dari segi taraf pendidikan dan pengalaman kerja yang bersesuaian dengan jawatan yang dipegang. Pegawai awam terikat dengan etika kerja, nilai-nilai murni dan Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam untuk menjamin kesetiaan kepada organisasi, akauntabiliti dan ketelusan bagi meningkatkan kecemerlangan citra perkhidmatan awam. Sinonim penjawat awam |