asymmetric encryption | penyulitan asimetrik | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kaedah menghantar mesej yang penghantarnya menyulitkan mesej dengan menggunakan kekunci awam penerima dan penerima pada menyahsulitkan mesej tersebut menggunakan kekunci persendirian nya. Contoh penyulitan asimetrik ialah algoritma RSA. |
call back | panggil semula | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kaedah bagi mengenal pasti terminal jauh. Dalam kaedah ini, sistem hos memutuskan hubungan dengan pemanggil dan kemudian menelefon nombor terminal jauh yang sah bagi mengembalikan hubungan yang terputus. Walau bagaimanapun penggunaan nya dalam capaian jauh adalah terhad kerana teknologi yang semakin maju. Sinonim dail semula. |
request for comments (RFC) | mohon komen (RFC) | Teknologi Maklumat | Tiada | Suatu mekanisma dalam proses untuk mencipta piawai baru dalam internet. Piawai baru dicadangkan dan diterbitkan secara dalam talian untuk orang ramai membuat komen, berbincang dan membuat cadangan, sebelum piawai baru dipersetujui oleh badan tertentu atau yang berkuasa (seperti IETF) untuk diterima pakai. Piawai baru yang diterima pakai akan dirujuk dengan nombor RFC-nya yang tertentu. Contohnya piawai untuk e-mel ialah RFC 822. |
point-to-point protocol(PPP) | protokol titik-ke-titik(PPP) | Teknologi Maklumat | Tiada | Kaedah yang paling popular untuk memindahkan paket protokol Internet (IP) antara pengguna dengan pembekal perkhidmatan Internet (ISP) melalui pautan bersiri. Protokol ini dibangunkan pada tahun 1994 oleh pasukan petugas kejuruteraan Internet (IETF) yang akhirnya menggantikan protokol Internet talian bersiri (SLIP). PPP mewujudkan sesi antara komputer pengguna dengan ISP melalui LCP-nya sendiri. PPP menyokong PAP, CHAP dan protokol-protokol pengesahan lain seperti pemampatan dan penyulitan. Sinonim protokol kawalan berpaut |