Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.lung.kup] | تلوڠکوڤ

Definisi : menelungkup berbaring di atas perut, menangkup, meniarap, tengkurap, lwn menelentang: dia berbaring di atas katilnya dgn ~ sambil menangis terisak-isak; menelungkupkan menjadikan menelung­kup, menengkurapkan, meniarapkan; menelungkup-menelentangkan ki memberi pertimbangan yg saksama, mempertimbangkan; tertelungkup 1. (jatuh, terletak, terbaring) menelungkup, tertangkup, tertiarap: muka­nya ~ ke tanah bermandi darah yg meng­genang; 2. ki (jatuh) bankrap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.lung.kup] | تلوڠکوڤ

Definisi : ; menelungkup terletak dgn bahagian hadapannya atau ba­hagian atasnya di sebelah bawah; ber­baring di atas perut; meniarap: Puas menelentang dia mengiring, puas mengiring dia ~, tetapi matanya tidak juga mahu pejam. menelungkupkan menjadikan atau menyebabkan menelungkup; me­niarapkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
telungkup
Rujuk :telangkup


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
capsizetelungkupKejuruteraanTiadaTiada
prone positioningpeniarapanPerubatanTiadaTeknik meletakkan pesakit yang mengalami kesukaran bernafas dalam posisi telungkup untuk membantu mereka bernafas dengan lebih baik. Peniarapan biasanya dilakukan ke atas pesakit yang diberikan sedatif kerana memerlukan bantuan mesin pernafasan atau ventilator dan juga ke atas pesakit COVID-19 yang sedar.
bucket tappettapet timbaKejuruteraan AutomotifEnjinKomponen pengangkat injap berbentuk silinder lompong yang digunakan pada sebilangan enjin jenis aci sesondol kepala atas. Tapet timba berupa timba yang telungkup. Bahagian bawah timba mempunyai permukaan yang rata dan bersentuhan dengan cuping sesondol manakala bahagian dalamnya bersentuhan dengan pegas dan batang injap.

Kembali ke atas