index finger | jari telunjuk | Perubatan | Tiada | Jari yang terletak di antara ibu jari dengan jari hantu. |
puppet regime | rejim boneka | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kerajaan yang memerintah berpandukan arahan pihak lain atau mengikut telunjuk kuasa luar yang sebenarnya menguasai kerajaan tersebut dari belakang tabir. Rejim ini memiliki imej yang boleh diterima orang ramai seperti terdiri daripada golongan tempatan, bumiputera, bersifat baik dan mempunyai keturunan pemerintah sebelum ini. Pemerintah ini diberi imbuhan atau kedudukan yang baik asalkan menurut arahan dan tidak boleh menjalankan sesuatu dasar atau melaksanakan sesuatu perintah yang bertentangan dengan kepentingan pihak luar tersebut. Hal ini bermakna, pemerintah boneka sebenarnya tidak bebas dan terpaksa mendengar arahan dan telunjuk kuasa luar. Rejim boneka ini diwujudkan untuk kepentingan golongan yang mempunyai kuasa tetapi tidak mahu kehadirannya disedari oleh orang ramai. Contohnya, kerajaan Pinochet di Chile pada tahun 1971 yang menjatuhkan Allende hasil daripada bantuan Amerika Syarikat. |
kiken | kiken | Sukan | Tiada | Pengumuman pengadil dengan menunjuk jari telunjuk ke garis tapak dan diikuti dengan pengumuman kemenangan oleh peserta lawannya. |
nihon nukite | tusuk dua jari | Sukan | Tiada | Tusukan jari telunjuk dan jari hantu serentak ke sasaran lawan. |
shihon nukite | tusuk empat jari | Sukan | Tiada | Tusukan jari telunjuk, jari hantu, jari manis dan jari kelengkeng serentak ke sasaran lawan. |
ippon nukite | tusuk sejari | Sukan | Tiada | Tusukan dengan menggunakan jari telunjuk ke sasaran lawan. |
hansoku chui | hansoku cui | Sukan | Tiada | Pengumuman pengadil menunjuk jari telunjuk ke arah dada pesalah dan memberi ipon kepada lawannya. |
manual vaginal examination | pemeriksaan vagina manual | Kejururawatan | Tiada | Prosedur menggunakan jari telunjuk dan jari hantu yang dimasukkan ke dalam salur vagina untuk mengetahui keadaan vagina dan serviks. |
hitosashi ippon ken tsuki | tonyoh | Sukan | Tiada | Tumbukan dengan menggunakan buku kecil telunjuk. |
puppet government | kerajaan boneka | Sejarah | Tiada | Bentuk kerajaan yang digunakan sebagai dalang dengan mengikut telunjuk pihak tertentu atau pihak yang lebih berkuasa. |