drone fly | lalat dron | Biologi | Entomologi | Lalat yang meyerupai lebah dari segi rupa dan tabiatnya yang memakan debunga dan nektrar. Telurnya yang berwarna putih diletakkan di tepi kolam dan telurnya ini menetas menjadi larva yang dikenal sebagai larva ekor tikus. Larvanya berenang secara bebas atau berehat di dasar kolam, dan bernafas menerusi ekor yang mengandungi dua trakea. |
bean-gall sawfly | lalat gergaji puru kacang | Biologi | Entomologi | Lalat gergaji kecil yang meletakkan telurnya pada tunas daun willow. Larva serangga ini kemudiannya menetas dan berkembang di dalam daun, dan mengakibatkan puru berwarna merah dan merah jambu. |
alder woodwasp | penyengat kayu alder | Biologi | Entomologi | Kumpulan serangga dalam famili Xiphydriidae (Hymenoptera). Serangga ini mempunyai ovipositor panjang bak jarum dan meletakkan telurnya di bawah kulit kayu pokok alder dan willow. Apabila menetas, larva serangga ini akan mengorek lubang pada batang kayu pokok tersebut. |
social parasitism | parasitisme sosial | Biologi | Ekologi | Parasitisme sesuatu spesies terhadap spesies lain. Misalnya, burung mati anak, Cacomantis merulinus tidak membuat sarangnya sendiri, sebaliknya meletakkan telurnya di dalam sarang burung lain, dan apabila telur tersebut menetas, anak burung itu akan dijaga oleh induk angkatnya. |
facultative parasite | parasit fakultatif | Biologi | Ekologi | Organisma yang pada satu peringkat kitar hidupnya menjadi parasit, dan pada peringkat yang lain hidup bebas. Misalnya, serangga himenoptera yang mengeluarkan telurnya di dalam badan perumah, iaitu kumbang, dan berada di dalam badan perumahnya pada keseluruhan peringkat larva, dan akhirnya keluar sebagai dewasa yang hidup bebas. Sinonim parasit sementara. |
cocoon | kokun | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1. Kelongsong pelindung larva sebelum larva menjadi pupa. 2. Kelongsong yang terdiri daripada sutera atau bahan lain yang dihasilkan oleh kebanyakan haiwan untuk melindungi telurnya. |
homeless bee/cuckoo bee | lebah gelandangan | Biologi | Entomologi | Lebah dalam famili Nomadidae yang menyerupai penyengat. Lebah ini mempunyai abdomen berjalur hitam dan kuning, tidak mempunyai raga debunga pada kakinya, dan tidak menghasilkan atau menyimpan madu. Telurnya diletakkan di dalam sarang lebah pelombong di dalam tanah. Larvanya pula memakan makanan yang disimpan oleh perumah dan akhirnya mungkin juga memakan telur dan larva perumah. |
laying phase | fasa peneluran | Veterinar | Tiada | Fasa pengeluaran telur bagi ternakan poltri. Hasil pengeluaran telur akan meningkat dengan cepat dan mencapai maksimum pada bulan kedua dan selepas itu berlaku penurunan pengeluaran dengan perlahan. Selalunya poltri penelur ditakai jika penghasilan telurnya lebih rendah dari 65%. Biasanya, jumlah pengeluaran telur bagi seekor ayam ialah 250-260 biji setahun. Pada fasa ini makanan yang diberikan mengandungi 2900 kcal/kg tenaga, 17% protein dan 4% kalsium. |
desert locust | belalang gurun | Biologi | Tiada | Belalang yang terdapat di padang rumput di Afrika dan di Asia. Belalang ini berpindah dari satu tempat ke satu tempat dalam kelompok yang besar dan perpindahannya mengikut gerakan sistem tekanan rendah yang membekalkan hujan untuk kemandirian telurnya di dalam tanah. |