middle rhyme | rima tengah | Kesusasteraan | Puisi | Rima yang terdapat atau terletak pada bahagian tengah sesebuah puisi. Contohnya, rima tengah dapat dilihat pada pantun di bawah. Tumbuh lengkuas di rumpun paku, Padi benih dimakan tempua; Rimba luas jalan berliku, Sungai jemih dicari jua. |
lampoon | lampun | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang isi atau amanat yang disampaikan oleh penyairnya penuh dengan unsur dan nada sindiran. Contohnya, pantun empat kerat dalam Bunga Gerimis susunan Dharmawijaya di bawah. Berbunga lebat pohon rambutan, Hinggap tempua berjuntai kaki; Bila dapat memandang bulan, Jangan lupa rumput di bumi. |
classical prosody | prosodi klasik | Kesusasteraan | Puisi | Pengkajian secara terperinci terhadap puisi yang tinggi nilai sasteranya. Kajian ditumpukan pada aspek rima, irama, perulangan, diksi, intonasi, dan matra. Bertu juan untuk mencari nilai-nilai estetika tentang pengucapan sesebuah puisi. Contohnya, seperti pantun di bawah. Tumbuh lengkuas di rumpun paku, Padi benih dimakan tempua; Rimba luas jalan berliku, Sungai jernih dicari jua. |
caesura | jeda | Kesusasteraan | Puisi | Hentian di tengah baris puisi atau hentian sementara ketika membaca puisi. Hentian tersebut begitu jelas dapat dirasakan dalam pantun dan syair yang jumlah suku kata tiap-tiap barisnya sama banyak atau seimbang, iaitu terdiri daripada empat perkataan. Dalam puisi baharu, jeda juga dapat dirasakan terutama apabila jumlah suku kata dalam baris-barisnya seimbang. Contohnya, Berbunga lebat / pohon rambutan, Hinggap tempua / berjuntai kaki; Bila dapat / memandang bulan, Jangan lupa / rumput di bumi. |