Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.pis] | تڤيس

Definisi : menepis mengelakkan pukulan, serangan, dsb: dia mencuba ~ tetapi tidak berjaya; ke-mungkinan utk ~ tindakan tentera pihak musuh; menepiskan 1. menangkis pukulan (serang­an dll) dgn belakang tangan: Folley kelihatan tidak berdaya hendak menepiskan penum­buk Mohammad Ali yg pantas itu; 2. meng­ibas dgn tangan: Wahab menepis-nepiskan habuk dr kemejanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.pis] | تڤيس

Definisi : menepis melayang (melayap dll) menyusur tanah (air dll), berjejak sedikit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.pis] | تڤيس

Definisi : ; menepis 1 menolak pukulan, serangan dll dgn tangan; menangkis: Dia segera ~ apabila dipukul. 2 meng­elakkan (pukulan, serangan dll) dgn tangan: Dia tidak berdaya hendak ~ pe­numbuk lawannya yg pantas itu. tepisan hasil menepis; tangkisan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tepis
Kata Terbitan : menepis,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
parrytepisPendidikanTiadaTiada
parrytepisSukanTiadaTiada
outside parrytepis dari luar (Tinju)SukanTiadaTiada
brush-awaytepis (tinju)SukanTiadaTiada
cross parrytepis silang (Tinju)SukanTiadaTiada
inside parryingtepis dalamSukanTiadaMenangkis tumbukan pihak lawan dengan cara menepis ke dalam.
outside parryingtepis luarSukanTiadaMenangkis tumbukan pihak lawan dengan cara menepis ke luar.

Kembali ke atas