diffuse nebulae | nebula resap | Matematik | Tiada | Nebula, sama ada yang mengandungi debu dan gas atau gas sahaja, daripada yang berupa jisim yang teramat besar dan cerah hingga yang teramat kecil dan pudar serta hanya dapat dikesan dengan pendedahan yang lama dan menggunakan turas khas. |
اكذب الناس | teramat pembohong | Agama Islam | Hadith | Lafaz tajrih yang paling rendah darjatnya. |
extremely high tension | tegangan teramat tinggi | Sosiologi | Tiada | Bekalan voltan tinggi yang dibekalkan kepada tiub sinar katod. |
supernova | supernova | Matematik | Tiada | Nova yang teramat cerah dengan magnitud mutlaknya boleh mencapai -17 apabila maksimum. Nova ini dikelaskan kepada dua kumpulan: jenis I yang maksimum magnitud mutlak minnya sebanyak -14.3 dan jenis II yang purata magnitud mutlak minya sebanyak -12.2 apabila maksimum. |
megalgia | megalgia | Perubatan | Tiada | Kesakitan yang teramat sangat seperti reumatisme otot. |
angina pectoris | pektoris angina | Jururawat | Kejururawatan Klinikal | Kesakitan dada yang teramat sangat disebabkan kekurangan bekalan darah ke miokardium. Kesakitan ini boleh menjalar dari bahu kiri ke lengan, Sinonim angina pain.
|
anorexia-cachexia syndrome | sindrom anoreksia-kakeksia | Jururawat | Kejururawatan Klinikal | Keadaan teramat kurus akibat kemerosotan lemak dan tisu otot yang ketara disebabkan anoreksia.
|
sodium carbonate poisoning | keracunan natrium karbonat | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pengingesan atau penyentuhan kulit dengan natrium karbonat (formula kimia, Na2CO3). Tanda utama keracunan ialah kakisan. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan sakit yang teramat, muntah, cirit-birit, dan pengsan. Muntah mengandungi darah, dan lapisan mukosa terdeskuamat. Jika pesakit tidak mati dalam masa 24 jam pertama, keadaannya mungkin bertambah baik selama 2- 4 hari tetapi kemudian mengalami sakit abdomen yang teramat yang bermula secara tiba-tiba, tegang abdomen, dan tekanan darah menurun dengan cepat yang menandakan tembusan gaster atau esofagus yang tertangguh. Dos maut yang dianggarkan untuk orang dewasa ialah 30 g. Kesan korosif ialah pemusnahan superfisial pada kulit atau membran mukus. Keracunan kronik akibat penyentuhan kulit mungkin menyebabkan dermatitis kronik. |
bacteria | bakteria | Fizik | Nanoteknologi | Kumpulan organisma mikroskopik yang terdiri daripada sejumlah bilangan bakterium. Organisma yang menyebabkan penyakit ialah bakteria dan teramat kecil bersaiz antara 0.5 mikron - 5.0 mikron. Contohnya, patogen. Lihat juga bakterium. |
aspidium poisoning | keracunan aspidium | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada aspidium yang diperoleh daripada paku pakis jantan, mengandungi asid filisik dan aspidinol, serta berkesan dalam perawatan cacing terutamanya taeniae. Aspidium mengakibatkan kerengsaan yang teramat pada saluran gastrousus. Gejalanya termasuklah muntah, cirit-birit, gangguan penglihatan, konvulsi, dan mati disebabkan kegagalan pernafasan. |