Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ram.pai]/[ter.am.pai] | ترامڤاي

Definisi : 1. tergantung spt di ampaian, tersidai; 2. tersampir; 3. tersandar(kan); 4. tidak mendap, terapung; ~ jemur Mn waktu pagi kira-kira pukul lapan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ram.pai]/[ter.am.pai] | ترامڤاي

Definisi : tidak mengenap dan tidak timbul (bkn zarah pepejal dlm cecair). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terampai


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
volatile suspended solids (VSS)pepejal terampai meruapKejuruteraanTiadaBahagian pepejal terampai yang meruap dan boleh ditentukan dengan membakar pepejal tersebut pada suhu 550°C dalam relau redam. Kehilangan berat akibat pembakaran merupakan jumlah pepejal terampai meruap.
suspended solidpepejal terampaiKejuruteraanTiadaPepejal terampai dalam cecair yang terdiri daripada yang boleh enap dan yang tidak boleh enap. Pepejal ini boleh disingkirkan melalui penurasan dan pemendakan.
total suspended solids (TSS)pepejal terampaiKejuruteraanTiadaPepejal terampai dalam cecair yang terdiri daripada yang boleh enap dan yang tidak boleh enap. Pepejal ini boleh disingkirkan melalui penurasan dan pemendakan.
emulsionemulsiFarmasiFarmaseutikSuatu sistem koloid yang terdiri daripada butir-butir halus suatu bendalir yang terampai di dalam bendalir lain. Jika fasa yang terampai ialah minyak dan fasa yang mengampai ialah air, sistem dikenali sebagai emulsi minyak dalam air (O/W). Sebaliknya apabila fasa yang terampai ialah air dan fasa yang mengampai ialah minyak, sistem dikenali sebagai emulsi air dalam minyak (W/O).
suspended matterjirim terampaiKejuruteraanTiada1. Pepejal atau zarah cecair di udara yang tiada halaju berkesan dan boleh terampai di udara dalam tempoh masa yang lama. Biasanya bersaiz kurang daripada 1.00mm, contohnya habuk, abu terbang, titisan asid dan lain-lain zarah.
mixed liquor suspended volatile solidlikuor campuran pepejal terampai meruapKejuruteraanTiadaBahagian daripada likuor campuran pepejal terampai yang meruap apabila dipanaskan kepada 60°C.Bahagian meruap ini terdiri daripada bahan organik dan menunjukkan biojisim yang wujud dalam tangki pengudaraan.
suspended particulatezarah terampai jumlahKejuruteraanTiadaZarah yang bersaiz antara 1m - 20m dan diukur menggunakan pensampel udara isi padu tinggi serta terampai dalam atmosfera untuk tempoh yang lama. Sinonim: total suspended particulate
total suspended particulates (TSP)zarah terampai jumlahKejuruteraanTiadaZarah yang bersaiz antara 1mm -20mm dan diukur menggunakan pensampel udara isi padu tinggi serta terampai dalam atmosfera untuk tempoh yang lama.
nephelometernefelometerKimiaKimia AnalisisAlat yang dapat menentukan kuantiti zarah terampai di dalam larutan dengan membandingkan cahaya terserak oleh zarah terampai sampel dengan ampaian piawai.
Brownian motiongerakan BrownFizikNanoteknologiGerakan rawak zarah halus terampai dalam bendalir, hasil pelanggaran dengan molekul bendalir yang bergerak turun naik. Zarah terampai disebabkan daya tolakan elektrostatik antara zarah tersebut. Saiz zarah ini ialah 1 nm - 1000 nm dan dapat dikesan melalui serakan cahaya. Contohnya, penyerapan bahan cemar dalam atmosfera dan penyerapan lohong dalam bahan semikonduktor.
12345678910...

Kembali ke atas