Taxus poisoning | keracunan Taxus | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pengingesan kayu, kulit, daun, atau biji daripada tumbuhan Taxus atau yew. Gejalanya termasuk loya, muntah, cirit-birit, sakit abdomen, dispnea, anak mata terbeliak, keadaan lemah, konvulsi, terkejut, dan koma. Lihat juga yew. |
amphetamine poisoning | keracunan Amfetamina | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada amfetamina, iaitu sekumpulan halusinogen yang mempengaruhi sistern saraf pusat. Keracunan kronik mengakibatkan perubahan personaliti, misalnya kelakuan berulang-ulang secara berterusan tanpa tujuan seperti berkelakuan agresif dan ganas secara tiba-tiba, anoreksia yang teruk, delusi paranoid, dan insomnia. Keracunan akut akibat penyuntikan, pengingesan, penyedutan atau penggunaan pada membran mukus, boleh mengakibatkan loya dan muntah, keresahan, kerengsaan, takikardia, aritmia jantung, anak mata terbeliak, kabur penglihatan, rasa seram sejuk, pucat, sianosis, demam, kegagalan pernafasan dan koma. Dos parah minimum ialah 10 mg. Sinonim keracunan benzidrina. |
coccaine poisoning | keracunan kokaina | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada kokaina, iaitu ubat yang digunakan sebagai anestetik setempat pada membran mukus. Dos parah selepas digunakan pada membran mukus mungkin serendah 30 mg. Kepekatan toksik adalah dari 0.5 �g/mL. Tanda utama keracunan ialah konvulsi dan kegagalan pereda ran darah. Keracunan akut teljadi akibat pengingesan, penyuntikan, atau penyerapan melalui membran mukus atau pelelasan kulit. Gejala awal termasuklah keresahan, keadaan terangsang, halusinasi, takikardia, anak mata terbeliak, sejuk atau demam, aberasi deria, sakit abdomen, muntah, rasa kebas, dan spasma otot. Ini diikuti dengan pernafasan tak seragam, konvulsi, kegagalan peredaran darah dan koma. Kematian mungkin teljadi segera selepas penggunaan kokaina atau mungkin tertangguh selama 1- 3 jam. Keracunan kronik akibat pengingesan, penyuntikan atau penyerapan membran mukus atau pelelasan kulit menyebabkan halusinasi, kerosakan mental, hilang berat badan, atau perubahan watak. Penggunaan kokaina sebagai bahan sedutan boleh meny |