Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.bi.tan] | تربيتن

Definisi : 1. sesuatu yg terbit (diterbitkan), keluaran (buku, majalah, dll): akhbar berkala Melayu ~ sebelum perang; 2. (Eko) tawaran sekuriti, saham dsb utk dijual kpd pelabur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.bi.tan] | تربيتن

Definisi : sesuatu (spt buku, majalah) yg terbit atau yg diterbitkan; keluaran: buku ~ Dewan Bahasa dan Pustaka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terbit (kata kerja)
1. Bersinonim dengan keluar: muncul, timbul, terpacul, terpancar, mencorak,

2. Bersinonim dengan lahir: berbangkit, timbul, datang, terpancar,

3. Bersinonim dengan tercetak: tersiar, tertulis, tercatat, terakam, terekod,

4. Bersinonim dengan tumbuh: keluar, muncul, timbul, hidup, bercambah, bertunas, terpacul,

5. Bersinonim dengan berpunca: bermula, berpangkal, berasal, berpokok, timbul, muncul,

Kata Terbitan : menerbitkan, terbitan, penerbitan, penerbit,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
carotenoidkarotenoidHerbaPemiawaianPigmen larut lemak yang berwarna merah, kuning dan jingga yang terdapat dalam tumbuhan herba, dan terdiri daripada pelbagai jenis karotena dan terbitan-terbitan teroksida, seperti xantofil. Contohnya, sebatian yang terdapat dalam akar mengkudu dan buah mengkudu (Morinda citrifolia).
rotation of a lineputaran garisMekanikGunaanGerakan sudut bagi sesuatu garis nisbi terhadap sebarang arah rujukan yang tetap. Gerakan sudut garis hanya bergantung pada sesaran sudutnya dan pada terbitan-terbitan masa sesaran itu. Gerakan yang berkenaan tidak memerlukan wujudnya suatu paksi tetap, normal ke satah gerakan, yang di sekitarnya garis itu berputar. Terbitan pertama terhadap masa bagi koordinat kedudukan sudut q ialah halaju sudut w bagi garis itu, dan terbitan keduanya ialah pecutan sudut a. Bagi gerakan satah, persamaan pembeza yang mencirikan gerakan itu sepenuhnya ialah w = dq/dt, a = dw/dt dan w dw = a dq. Hubungan yang pertama dan kedua merupakan takrif bagi parameter-parameter kinematik yang berkenaan, manakala hubungan ketiga diperoleh dengan melenyapkan sebutan dt daripada dua persamaan pertama itu. hubungan tersebut serupa dengan hubungan untuk gerakan melurus zarah; malahan semua hubungan untuk gerakan melurus zarah boleh digunakan untuk putaran garis di satah asalkan kuantiti linear s, v dan a digantikan dengan kuantiti sudut yang
kinematicskinematikMekanikGunaanCabang ilmu dinamik yang menghasilkan geometri gerakan tanpa merujuk sistem daya yang terlibat dengan gerakan itu. Pada umunya, kinematik jasad dicirikan oleh sesaran jasad itu serta terbitan-terbitan masa bagi sesaran, iaitu halaju dan pecutan. Kinematik memerihalkan hubungan di antara jarak, halaju, pecutan dan masa. Lihat juga kuantiti kinematik.
derivational affixpenambah terbitan/imbuhan terbitanLinguistikTiadaImbuhan yang digunakan untuk menerbitkan kata. Contohnya, ber- berjalan dan -kan dalam larikan.
derivativeterbitanMatematikTiadaKadar perubahan suatu fungsi terhadap pemboleh ubah berkenaan. Katalah f suatu fungsi dan c suatu nombor tertentu. Jika nisbah mendekati nombor L apabila h mendekati 0, maka fungsi f dikatakan mempunyai terbitan pada c dan L ialah nilai terbitan f pada c. Terbitan f pada c ditulis sebagai f’(c). Secara matematik, f’(c) juga ditulis sebagai . Sekiranya fungsi f yang ditulis sebagai f(x) mempunyai terbitan pada sebarang nilai x, f’(x) merupakan suatu fungsi dengan pemboleh ubah x juga.
issueterbitan/isuPentadbiran PerniagaanTiadaTerbitan sesuatu sekuriti untuk dijual kepada awam dan berkemungkinan terbitan baru atau tawaran sekunder bagi isu yang telah diterbitkan dan ditawarkan oleh pemegang yang besar.
arylarilKimiaTiadaRadikal organik bervalensi satu terbitan daripada arena. Misalnya fenil, C6H5ֿ terbitan daripada benzena dan nitrofenil, O2NC6H5ֿ terbitan daripada nitrobenzena.
analytic functionfungsi analisisMatematikTiadaFungsi kompleks yang ada terbitannya memenuhi takrif terbitan yang sama seperti terbitan fungsi nyata atau fungsi kompleks.
derivatized starchkanji terbitanMakanan dan PemakananTeknologi MakananHasil terbitan kimia kanji seperti eter dan ester yang kurang berpotensi untuk membentuk gel dalam air panas dan juga bersifat lebih stabil terhadap asid dan alkali. Kanji terbitan berguna bagi makanan berasid dan makanan yang mengalami pengolahan haba seperti dalam proses pengetinan.
order of a derivativeperingkat terbitanMatematikTiadaBilangan kali pembezaan dikenakan apabila sesuatu fungsi dianggap sebagai hasil pembezaan berturut-turut suatu fungsi tertentu. Contoh, bagi sesuatu fungsi f yang dapat dibezakan n kali, hasilnya ialah terbitan berperingkat n. Apabila n = 1, terbitan berkenaan diwakili dengan f’; apabila n = 2, f”; apabila n = 3, f”’; Bagi n yang lebih besar, biasanya terbitan berkenaan diwakili dengan f(n). Lihat juga terbitan peringkat ke-n.
12345678910...

Kembali ke atas