retakaful | takaful semula | Ekonomi | Ekonomi Islam | Kontrak takaful antara sebuah syarikat pengendali takaful (syarikat terdahulu) dengan syarikat pengendali takaful lain (syarikat terkemudian). Syarikat terdahulu dikenali sebagai syarikat pemberi, manakala syarikat terkemudian dikenali sebagai syarikat penerima. Dalam kontrak ini, syarikat pemberi melanggan khidmat takaful daripada syarikat penerima bagi tujuan melindungi produk-produk takaful yang telah disertai oleh peserta syarikat pemberi, manakala syarikat penerima akan menanggung sebahagian risiko yang terdapat dalam syarikat pemberi. Oleh itu, syarikat pemberi akan membayar sumbangan tertentu kepada syarikat penerima yang berkongsi risiko berkenaan. Syarikat penerima boleh terdiri daripada syarikat takaful biasa atau syarikat takaful semula yang khas. |
Recognition of Prior Experiential Learning (RPEL) | Pengiktirafan Pembelajaran berasaskan Pengalaman Terdahulu | Pengurusan | Tiada | Kaedah untuk memberikan pengiktirafan kepada individu yang dapat membuktikan keterampilan seperti yang digariskan oleh Standard berdasarkan pengalaman dan pencapaian terdahulu. |
palinode | palinoda | Kesusasteraan | Tiada | Karangan yang bertujuan untuk menolak pendapat (kepercayaan, pegangan) yang telah dihasilkan oleh penyair/penulis terdahulu. Dalam kesusasteraan, khususnya puisi, palinoda lazimnya ditujukan untuk menafikan tulisan yang terdahulu, terutamanya terhadap penulisan oda yang awal. |
protocol | protokol | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Dokumen yang digunakan untuk penetapan sesuatu persetujuan antarabangsa dan biasanya bersifat perjanjian tambahan. Protokol boleh meminda perjanjian yang terdahulu atau tambahan kepada peruntukan tertentu perjanjian. Pihak yang terlibat dalam perjanjian terdahulu tidak diperlukan untuk menerima pakai sesuatu protokol. Contohnya, Protokol Kyoto dikeluarkan sebagai tambahan kepada rangka kerja Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Cuaca (UNFCCC). |
datagram | datagram | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Paket tersendiri atau entiti data bebas yang maklumat untuk dihalakan dari komputer sumber ke komputer destinasi tanpa bergantung pada pertukaran terdahulu antara komputer sumber, komputer destinasi dan rangkaian itu sendiri. Paket ini tidak bergantung pada pertukaran terdahulu kerana tiada hubungan jangka masa yang tetap antara dua titik hubungan ini seperti suara perbualan telefon. |
hereinbefore | terdahulu daripada ini | Undang-undang | Tiada | Tiada |
prepayment | bayaran terdahulu | Ekonomi | Tiada | Tiada |
prepayment | bayaran terdahulu | Undang-undang | Tiada | Tiada |
previous marriage | perkahwinan terdahulu | Kependudukan | Tiada | Tiada |
previous birth | kelahiran terdahulu | Kependudukan | Tiada | Tiada |