exposed patient | pesakit terdedah | Kesihatan Awam | Tiada | Individu yang mudah terdedah dengan sebarang jangkitan daripada individu lain seperti petugas jagaan kesihatan, pesakit atau pelawat. |
denaturation | penyahaslian | Farmasi | Bioteknologi Farmasi | Perubahan struktur makromolekul apabila terdedah kepada persekitaran ekstrem. Penyahaslian berlaku apabila protein kehilangan struktur sekunder, tertier dan kuaterner disebabkan terdedah kepada asid, alkali atau garam tak organik berkepekatan tinggi, suhu melampau dan pelarut organik. Penyahaslian menyebabkan gangguan terhadap aktiviti sel dan kemungkinan akan menyebabkan kematian sel. Asid nukleik juga boleh mengalami penyahaslian. |
relative risk | risiko relatif | Kejururawatan | Tiada | Pengukuran epidemiologi berkaitan dengan kemungkinan ahli kumpulan terdedah kepada sesuatu penyakit berbanding dengan kumpulan yang tidak terdedah. |
latent image | imej pendam | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Imej yang terbentuk pada filem selepas terdedah kepada sinaran pengionan. Semasa filem diproses, kawasan yang terdedah kepada sinaran tersebut akan menjadi gelap lalu membentuk imej nampak. |
radiation pressure | tekanan sinaran | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | Tekanan pada suatu permukaan yang terdedah kepada sinaran elektromagnet dan nilai tekanan adalah berkadar dengan ketumpatan tenaga sinaran di ruang permukaan yang terdedah itu. |
extent of dispersion | takat sebaran | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Nisbah jumlah permukaan atom mangkin yang terdedah dan bersedia untuk bertindak balas terhadap jumlah permukaan atom yang ada. Takat sebaran ialah satu jika kesemua atom yang ada terdedah dan bersedia untuk bertindak balas. |
scintillation detector | pengesan sintilasi | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Pengesan sinaran yang menggunakan bahan kimia yang menghasilkan cahaya nampak apabila terdedah kepada sinaran pengionan. Kuantiti cahaya adalah berkadaran dengan jumlah sinaran yang terdedah kepadanya. |
dentine bridge | jambatan dentin | Pergigian | Tiada | Lapisan dentin yang terbentuk di atas bumbung pulpa yang telah terdedah sebelumnya. Jambatan dentin ini terhasil berikutan dorongan peletakan simen kalsium hidroksida semasa peringkat penyediaan kaviti yang lalu. Ia juga bertindak sebagai pelindung tisu pulpa yang terdedah. |
pseudoangiocarp | pseudoangiokarpa | Biologi | Mikologi | Perkembangan jasad buah yang pada peringkat awalnya bersifat gimnokarpa, atau yang himeniumnya terdedah pada peringkat awal perkembangan, tetapi kemudiannya dilindugi kelubung palsu yang berasal daripada tisu sekunder atau daripada bahagian tepi pileus yang melengkung ke dalam. Himenium ini terdedah semula pada peringkat akhir perkembangan apabila spora matang. |
thermoluminescence dating | pentarikhan termoluminesens | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Kaedah pentarikhan kronometrik yang digunakan untuk mengkaji jumlah radiasi sampel yang terdedah kepada kadar jumlah cahaya bagi suatu jangka masa tertentu apabila sampel dipanaskan. Kaedah ini sesuai untuk pentarikhan tembikar dan sedimen tanah yang terdedah kepada radiasi suria. Kaedah ini boleh dibuat dengan kaedah konvensional dan optik. |