Daniell cell | sel Daniell | Teknik | Elektrik | Sel utama yang terdiri daripada elektrod kuprum yang terendam dalam larutan kuprum sulfat dan elektrod zink dalam larutan asid sulfurik cair atau larutan zink sulfat. Kedua-dua larutan ini dipisahkan oleh suatu pemisah berliang. Sel ini menghasilkan d.g.e. yang bernilai 1.1 volt. |
magnification factor | faktor pembesaran | Mekanik | Gunaan | Nisbah jerayun getaran keadaan mantap terhadap pesongan statik yang disebabkan oleh jerayun daya pengganggu, bagi getaran sistem pegas linear-dan jisim di bawah tindakan gangguan daya yang berkenaan. Jerayun getaran yang berkenaan biasanya ditulis sebagai xo., daya pengganggu itu pula biasanya ditulis F=Fo sin ωt, dengan Fo sebagai jerayun daya itu, ω sebagai frekuensi pemaksa baginya dan t ialah masa. Pesongan statik yang berkenaan ialah δo = Fo/k, dengan k sebagai kekakuan pegas dalam sistem tersebut. Untuk getaran tak terendam, nilai faktor pembesaran diberikan oleh ungkapan, Xo = 1 δo 1 - (ω/p)2 dengan p sebagai frekuensi tabii sistem pegas-dan-jisim tadi. Maka dalam kes getaran tak teredam ini, faktor pembesaran menjadi tak terhingga jika frekuensi pemaksa ω sama dengan frekuensi tabii sistem itu, iaitu p. Keadaan yang sedemikian itu dinamai salunan. Jika sistem yang berkenaan mengalami peredaman, nilai faktor pembesaran diberikan oleh ungkapan yang lain, namun demikian, nilainya tetap besar, wa |
reflection coefficient | pekali pantulan | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Parameter untuk mengukur peratus tenaga yang dipantulkan akibat interaksi antara gelombang bunyi dengan bahan. Apabila gelombang bunyi bertemu dengan sempadan dua media, sebahagian tenaga bunyi akan dipantulkan yang dikenali sebagai pekali R. Pekali R diberikan formula seperti yang berikut: Pekali pantulan, R = 1 - (4Z1Z2/(Z1 + Z2 )^2, Dengan Z1 dan Z2 ialah impedan akustik dalam dua bahan berbeza. Lihat juga pemantul, pekali penghantaran. Jadual menunjukkan nilai pekali pantulan R pada sempadan antara medium-medium yang berbeza. Contohnya antara aluminium dengan air, pekali pantulan ialah 72. Ini bermaksud 72% gelombang bunyi dipantul semula ke dalam aluminium yang terendam dalam air. |