Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ren.tang] | ترنتڠ

Definisi : 1. sudah direntangkan, ter­bentang: gunung itu ~ dr utara ke selatan melalui tanah besar Asia Tenggara; 2. tergalang, terhalang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ren.tang] | ترنتڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok), napan, serentang, Campnosperma auriculata; ~ bukit sj tumbuhan (pokok), cincang, cungkil, kabau, semincang, Allophylus glaber; ~ jantan sj tumbuhan (pokok), Campnosperma minor; ~ manuk sj tumbuhan (pokok), bentangur otak udang, berjagung, habung ayam, katak (keretak) udang, medang ampas (udang), pauh pipit, pokok seudang, rengas ayam (pasir), sempedu burung, sumpah biawak (tupai), Buchanania sessilifolia; ~ tikus sj tumbuhan (pokok), katak (ketak) udang, otak udang, pauh pipit, puan, Buchanania lucida. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ren.tang] | ترنتڠ

Definisi : direntangkan; ® rentang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ren.tang] | ترنتڠ

Definisi : 1 sudah direntangkan: Dawai telefon ~ dr rumah ke rumah. 2 tergalang; terhalang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rentang
Kata Terbitan : merentangi, merentangkan, terentang,

Peribahasa

Cupak sudah tertegak,
     suri sudah terkembang (=terentang).

Bermaksud :

Telah lama adat berdiri tentang tiap-tiap pekerjaan. suri = pemidangan pada perkakas tenun.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
terentangterentangPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu Campnosperma spp. daripada famili Anacardiaceae. Spesies utama kayu ini termasuk Campnosperma auriculatum, C. squamatum, dan C. coriaceum. Gubal kayu terentang sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan berwarna merah jambu. Tekstur kayunya halus dan rata, dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 320 hingga 560 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras ringan. Kayu ini mudah diproses dan dikemas siap, dengan permukaan yang agak berbulu. Kayu ini kurang tahan tetapi mudah dikeringkan dan diawet. Kayu terentang banyak digunakan untuk mancis, kotak, venir, papan lapis, dan tapak kasut.
fully extended chainrantai terentang penuhKejuruteraanTiadaTiada
fully extended lengthpanjang terentang penuhKejuruteraanTiadaTiada
main deckgeladak utamaKejuruteraanTiadaGeladak yang terentang dari bahagian haluan ke buritan kapal atau rig gerudi lepas pantai.
Texas deckgeladak utamaKejuruteraanTiadaGeladak yang terentang dari bahagian haluan ke buritan kapal atau rig gerudi lepas pantai.
main deckgeladak utamaKejuruteraanTiadaGeladak yang terentang dari bahagian haluan ke buritan kapal atau rig gerudi lepas pantai.
lambert (unit)lambertMatematikTiadaUnit kecerahan bagi sesuatu permukaan yang terentang, yakni kecerahan permukaan bersinar yang memancarkan satu lumen per sentimeter persegi.
dead linetalian matiKejuruteraanPetroleumSebahagian daripada kabel yang dinamakan talian gerudi, yang terentang di antara blok mahkota dengan sauh talian mati. ia dinamakan talian mati kerana ia merupakan bahagian talian gerudi yang tidak bergerak semasa penggerudian sedang berlangsung.
longlinerawaiPerikananTiadaAlat untuk menangkap ikan yang terdiri daripada beberapa bentuk kail yang digantungkan pada tali atau rotan yang terentang di dalam air.
match blockblok mancisPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanBungkah kayu yang dipotong mengikut panjang anak mancis, kemudiannya dibelah atau dikupas dan diracik halus mengikut ukurannya iaitu 2 mm x 2mm x 40 mm. Jenis kayu tempatan yang banyak digunakan ialah kayu sesenduk dan terentang.
12

Kembali ke atas