in hock pawned item | barang gadaian tergadai | Ekonomi | Ekonomi Islam | Barang gadaian yang gagal ditebus selepas tamat tempoh. Pegadai mempunyai hak untuk menjual secara lelongan barang gadaian ini bagi mendapatkan semula hutang yang diberikan. Sekiranya harga jualan melebihi hutang, pegadai akan mengembalikan baki kepada penggadai. Sebaliknya apabila barang gadaian gagal dijual secara lelongan, barang tersebut akan dijual secara borong. Sinonim barang gadaian terlelong. |
auctioned pawned item | barang gadaian terlelong | Ekonomi | Ekonomi Islam | Lihat barang gadaian tergadai. |
innuendo | sindir halus | Kesusasteraan | Puisi | Pengujaran penyair dalam sesuatu frasa atau kalimat puisi pada sesuatu baris puisi. Bahasa puisi yang mengandungi unsur� unsur sindiran yang disampaikan secara halus kepada seseorang. Contohnya, seloka "Malang Pak Kaduk". Aduhai malang Pak Kaduk! Ayamnya menang kampung tergadai ! Ada nasi dicurahkan, Awak pulang kebuluran ! Mudik menongkah surut! Hilir menongkah pasang! Ada isteri dibunuh, Nyaris mati oleh tak makan, |
pameo | pameo | Kesusasteraan | Puisi | Hasil ciptaan penyair yang sarat dengan unsur-unsur atau nada� nada sindiran ataupun ejekan. Sindiran itu diresapkan dalam baris� baris puisi secara tidak langsung, namun kesannya cukup tajam. Contohnya, puisi "Malang Pak Kaduk" dalam Bunga Gerimis. Aduhai malang Pak Kaduk! Ayamnya menang kampung tergadai ! Ada nasi dicurahkan, Awak pulang kebuluran! Mudik menongkah surut, Hilir menongkah pasang! Ada isteri dibunuh,Nyai-is mati oleh tak makan! Masa belayar kematian angin, Sudah dilabuh bayu berpuput, Ada rumah bertandang duduk! |