Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ge.sa.ge.sa] | تر ݢسا -  ݢسا

Definisi : bergopoh-gapah, terburu-buru, cepat-cepat: dia berangkat tergesa-gesa sehingga tertinggal begnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ge.sa.ge.sa] | تر ݢسا -  ݢسا

Definisi : dlm keadaan bergesa-gesa; tergopoh-gopoh; terburu-buru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tergesa-gesa

Peribahasa

Makan bubur panas-panas.

Bermaksud :

Bertindak dengan tergesa-gesa, akhirnya mengecewakan.

 

Lihat selanjutnya...(3)

253

More haste, worse speed

Jika kita membuat sesuatu dengan tergesa-gesa, kita akan mudah melakukan kesilapan, dan akibatnya kerja itu lambat siap. (Peribahasa ini digunakan untuk menasihati seseorang supaya melakukan pekerjaan dengan lebih perlahan-lahan dan berhati-hati).

Terlalu cepat jadi lambat

She was scolded by our teacher for making a lot of mistakes in her mathematics. If she had done her sums slowly and carefully, she would have been allowed to go home early like the other students. Now, she has to stay behind and redo her work. Haste makes waste.

Dia dimarahi gurunya kerana membuat banyak kesilapan dalam latihan matematiknya. Kalaulah dia membuatnya dengan berhati-hati, tanpa tergesa-gesa, dia tentu akan dibenarkan pulang awal seperti pelajar lain. Sekarang dia terpaksa duduk di kelas dan membuat semula latihan tersebut. Terlalu cepat jadi lambat.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
affrettandoaffrettandoMuzikTiada

Gaya yang tergesa-gesa dengan tempo yang bertambah cepat dan rancak.

frettafrettaMuzikTiada

 Gaya yang tergesa-gesa dan cepat.

en pressanten pressantMuzikTiada

Gaya yang tergesa-gesa. En pressant biasanya dimainkan dengan tempo yang agak pantas. Sinonim presser, presses.

precipitatoprecipitateMuzikTiada

 Gaya persembahan yang tergesa-gesa dan biasanya dalam tempo yang cepat. Sinonim presser, pressez, precipitoso.

dysuriadisuriaKejururawatanTiadaKesukaran atau kesakitan semasa membuang air kecil biasanya dengan tergesa-gesa dan kerap akibat sistitis atau uretritis.
impetuosoimpetuosoMuzikTiada

 Keadaan tergesa-gesa dan biasanya dengan tempo yang pantas dan rancak.

comodocomodoMuzikTiada

 Comodo bermaksud selesa. Contohnya, tempo comodo bermakna tempo muzik yang selesa dan tidak tergesa-gesa.


Kembali ke atas