Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ke.mu.dian] | ترکمودين

Definisi : selepas atau sesudah (sesuatu waktu, peristiwa, dll), (lebih) kemudian; Shahnon Ahmad muncul ~ drpd A. Samad Said; ~ sekali terakhir, akhir sekali, belakang sekali: siapa yg ~ sekali meninggalkan bilik itu?; ~ drpd kemudian drpd, selepas, sesudah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ke.mu.dian] | ترکمودين

Definisi : di belakang sekali; terakhir: Dialah yg ~ sampai di garisan penamat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kemudian (adverba)
Bersinonim dengan selepas, kelak, kebelakangan, sesudah, akan datang, setelah, nanti, sebentar, akhir, penghujung, lambat, lewat, ketinggalan, corot, cicir;,
Kata Terbitan : mengemudiankan, terkemudian,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
retakafultakaful semulaEkonomiEkonomi IslamKontrak takaful antara sebuah syarikat pengendali takaful (syarikat terdahulu) dengan syarikat pengendali takaful lain (syarikat terkemudian). Syarikat terdahulu dikenali sebagai syarikat pemberi, manakala syarikat terkemudian dikenali sebagai syarikat penerima. Dalam kontrak ini, syarikat pemberi melanggan khidmat takaful daripada syarikat penerima bagi tujuan melindungi produk-produk takaful yang telah disertai oleh peserta syarikat pemberi, manakala syarikat penerima akan menanggung sebahagian risiko yang terdapat dalam syarikat pemberi. Oleh itu, syarikat pemberi akan membayar sumbangan tertentu kepada syarikat penerima yang berkongsi risiko berkenaan. Syarikat penerima boleh terdiri daripada syarikat takaful biasa atau syarikat takaful semula yang khas.
laggardpengguna terkemudianPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
condition subsequentsyarat terkemudianEkonomiTiadaTiada
condition subsequentsyarat terkemudianUndang-undangTiadaTiada
a posteriori criterionkriteria terkemudianPentadbiran PerniagaanTiada

Ukuran untuk menentukan nilai berdasarkan fakta sebenar.

credit buyingpembelian kreditSosiologiTiadaPembelian yang pembayarannya ditangguhkan atau dibuat terkemudian.
cycle stockstok kitarKejuruteraanTiadaProduk yang diambil daripada peringkat proses yang terkemudian dan dimasukkan semula ke proses sebelumnya.
منسوخ الحديثḤadīth mansūkhAgama IslamHadithḤadīth yang dibatalkan hukumnya oleh Ḥadīth yang terkemudian.
T Tauris starsbintang Tauri TMatematikTiadaBintang berubah tak sekata daripada jenis spektrum terkemudian, yakni spektrumnya dipengaruhi oleh garis pancaran kuat, yang biasanya dikaitkan dengan kegiatan kromosfera dan angin bintang di bintang yang berkenaan.
time gapbeza masaSukanLumba BasikalPerbezaan masa antara pelumba yang terpantas dengan pelumba yang terkemudian.
123

Kembali ke atas