Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ke.tar.ke.tar] | ترکتر - کتر

Definisi : menggeletar, gementar (kerana takut dll), menggigil: dia kelihatan ~ kerana ketakutan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ke.tar.ke.tar] | ترکتر - کتر

Definisi : menggeletar (kerana takut dll); menggigil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ketar1 (adjektif)
Bersinonim dengan takut, geletar, getar, keletar, gementar, gigil, gelentar;,
Kata Terbitan : terketar-ketar,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dieldrin poisoningkeracunan dieldrinKimiaForensikKeracunan akibat pengingesan, penyedutan atau penyentuhan kulit kepada dieldrin, iaitu sejenis insektisid. Tanda utama keracunan akut ialah terketar-ketar dan konvulsi. Gejalanya ialah hiper terangsang, terketar-ketar ataksia, dan konvulsi selepas 30 minit hingga 6 jam diikuti dengan penekanan sistem saraf pusat yang mungkin berakhir dengan kegagalan pernafasan. Dos parah ialah 40 mg/kg dan had pendedahan kepada bahan ini ialah 0.2 mg/m3. Perllbahan patologi akibat keracunan termasuklah kesesakan nafas, edema, dan perdarahan petekia yang berselerak dalam paru-paru, buah pinggang dan otak.
chlordane poisoningkeracunan klordanKimiaForensikKeracunan akibat pengingesan atau penyentuhan kulit dengan 1 g - 3 g klordan, iaitu insektisid berklorin yang mempunyai had pendedahan 0.5 mg/m3 . Tanda utama keracunan ialah terketar-ketar dan konvulsi. Gejala akibat keracunan ini termasuk keletihan, lemah badan, hilang selera makan, rabun, hilang ingatan, mengantuk, parestesia, terketar-ketar, koma, demam kuning, dan konvulsi. Keracunan akut mengakibatkan kekeliruan, racauan, loya, konvulsi dan akhirnya mati. Keracunan kronik pula menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang. Perubahan patologi termasuk kesesakan, edema, dan perdarahan petekia dalam paru-paru, buah pinggang, dan otak. Buah pinggang juga menunjukkan kerosakan pada sel bahagian tubul.
parkinsonismparkinsonismePerubatanPsikiatriPenyakit saraf yang menyebabkan seseorang mengalami pergerakan yang perlahan, otot menjadi kaku dan tangan terketar-ketar.
neurolepticneuroleptikPerubatanTiadaKesan neurologi akibat daripada penggunaan ubat antipsikosis seperti gejala ekstrapirimidal dan Parkinsonisme. Ia bercirikan kelambatan pergerakan, terketar-ketar, ketandusan emosi dan kurang minat terhadap persekitaran. Neuroleptik juga bersinonim dengan antipsikosis.
alcohol dependencekebergantungan alkoholPerubatanTiadaPengambilan alkohol secara berterusan oleh seseorang sehingga pemberhentiannya akan menyebabkan gejala mental dan fizikal seperti terketar-ketar, gangguan tidur, hipertensi, sawan dan halusinasi visual. Keadaan ini juga boleh menyebabkan masalah sosial dan kekeluargaan. Ia terjadi apabila seseorang mengambil alkohol dalam jumlah yang banyak untuk jangka masa yang lama. Kebergantungan alkohol boleh dirawat dengan cara penyahtoksikan, penggunaan ubat Disulfiram serta terapi sosial dan tingkah laku.
alcohol dependencekebergantungan alkoholPerubatanPsikiatriPengambilan alkohol secara berterusan oleh individu sehingga pemberhentiannya akan menyebabkan gejala mental dan fizikal, seperti terketar-ketar, hipertensi, sawan dan halusinasi visual. Keadaan ini juga boleh menyebabkan masalah sosial dan kekeluargaan.
barium poisoningkeracunan bariumKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada garam barium seperti barium karbonat, barium hidroksida atau barium klorida, iaitu bahan yang digunakan dalam pestisid. Dos parah adalah lebih kurang I g. Had pendedahan ialah 0.5 mg/m3. Tanda utama keracunan ialah terketar-ketar, konvulsi, dan ritma jantung tak normal dan hipokalemia. Gejala akibat pengingesan atau kadang-kadang penyedutan termasuk otot muka dan leher tegang, muntah, cirit-birit, sakit abdomen, otot fibril terketar-ketar, kerisauan, keadaan lemah, sukar bernafas. ketakseragaman denyutan jantung, konvulsi, dan mati ekoran kegagalan jantung dan pernafasan. Sebaliknya, penyedutan barium sulfat atau barium oksida pula boleh menyebabkan pneumokoniosis yang tidak berbahaya.
caffeine poisoningkeracunan kafeinaKimiaForensikKeracunan akibat penggunaan kafeina dalam jangka masa panjang dan berlebihan. Kafeina ialah bahan yang terdapat dalam minuman atau bahan makanan lain. Gejalanya lennasuk keresahan, kerisauan, depresi, nadi jantung yang cepat, terketar-ketar, loya, air kencing yang banyak, dan kurang tidur. Dos parah dianggarkan sebanyak 10 g untuk orang dewasa yang sihat. Pengingesan antara 5 g - 50 g kafeina boleh mengakibatkan maut. Sinonim kafeinisme.
side effectkesan sampinganPerubatanTiadaKesan lain daripada kesan yang dikehendaki dengan pemberian ubat sama ada berguna atau tidak kepada pesakit. Contohnya, kesan sampingan Metformin boleh mengurangkan selera makan dan berguna kepada pesakit diabetes, manakala Salbutamol menyebabkan pesakit asma terketar-ketar dan menyusahkannya.
phosphine poisoningkeracunan fosfinaKimiaForensikKeracunan akibat penyedutan fosfina (formula kimia, PH), iaitu gas tanpa warna dengan bau bawang putih. Tanda utama keracunan ialah demam kuning dan pengsan. Keracunan akut menyebabkan loya dan muntah, kelesuan, batuk, demam kuning, parestesia, ataksia, terketar-ketar, diplopia, tekanan darah jatuh, dispnea, edema pulmonari, pengsan, ritma jantung tak normal, konvulsi dan koma. Keracunan kronik menyebabkan sakit gigi sebagai gejala awal, diikuti bengkak rahang, dan kemudian nekrosis mandibel. Penemuan lain termasuk keadaan lemah, hilang berat badan, hilang selera makan, anemia, dan keretakan tulang secara spontan. Had pendedahan ialah 0.3 ppm. Penemuan patologi ialah hiperemia dan edema pulmonari dan nekrosis miokardia fokal. Dos maut ialah I mg/kg.
123

Kembali ke atas