class limit | had kelas | Matematik | Tiada | Nilai titik hujung terkanan dan terkiri bagi selang yang menentukan satu kelas data; data yang terletak di antara dua had kelas itu membentuk satu kelas data. Contoh: Katalah penduduk sebuah kampung dibahagikan kepada lima kelas mengikut umur: 0-19, 20-39, 40-59,60-79, 80-99. Had kelas bagi kelas kedua ialah 20 dan 39; 20 merupakan had kelas bawah, manakala 39 merupakan had kelas atas. Lihat juga histogram. |
MSB (most significant bit) | MSB (bit paling bererti) | Teknologi Maklumat | Tiada | Bit terkiri yang membawa nilai yang tertinggi dalam notasi perduaan. |
tre | tre | Muzik | Tiada | Tre bermaksud tiga. Contohnya, tre corde yang bermaksud tiga tali, iaitu arahan kepada pemain piano untuk melepaskan pedal terkiri. |