Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ku.lai] | ترکولاي

Definisi : terkelepai (spt bendera yg tidak berkibar), tergantung terbuai-buai (spt dahan patah), terlentok (kepala, bunga di dahan, dll): kakinya yg patah itu ~; kepalanya yg ~ itu perlahan-lahan diangkatnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ku.lai] | ترکولاي

Definisi : tergantung berbuai-buai (spt dahan kayu yg patah tetapi tidak putus); terkelepai (spt bendera yg tidak berkibar). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kulai
Kata Terbitan : terkulai,

Puisi
 

Nanas halwa pisang salai,
     Hidangan kali pertama dara;
Hasrat kecewa cinta terkulai,
     Ingatan mesra tetap ada.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Anggup-anggip bagai rumput di tengah jalan.

Bermaksud :

Hidup yang serba susah. anggup-anggip = terkulai-kulai.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
foot dropkaki terkulaiPerubatanTiadaKaki yang terkulai kerana kelumpuhan pada otot anterior kaki.
flail chestdada terkulaiKejururawatanTiadaKeadaan tiga atau lebih tulang rusuk yang patang dan menyebabkan dinding dada bergerak tidak selaras semasa pernafasan. Ciri klinikal utamanya ialah pernafasan paradoks.
hang floatapung gantungSukanTiadaKeadaan badan seberapa rendah yang boleh dalam air. Kepala ditundukkan ke bawah, tangan dan kaki terkulai.
crouch startmula gaya dekamSukanTiadaPermulaan dengan badan membongkok, kaki berada di depan yang satu lagi di hujung blok permulaan atau geladak, lutut dibengkokkan sedikit, tangan terkulai, kepala tunduk dan bersedia untuk terjun.

Kembali ke atas