Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.la.lu] | ترلالو

Definisi : 1. teramat sangat, terlampau: orang menyabung ~ ramai; seekor rusa jantan sedang tidur dgn ~ nyedarnya; 2. melampaui batas, berlebih-lebihan: pemujaannya yg ~ terhadap pemerintahan Inggeris; 3. (per­buatan dll) yg tidak disengajakan, terlangsung: perbuatan engkau yg sudah ~ itu diampun­kan, yg kemudian jangan dibuat lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.la.lu] | ترلالو

Definisi : 1 amat sangat: Dia ~ ingin hendak naik kapal terbang. 2 melampaui batas; berlebih-lebihan: Ia ~ memikirkan perkara yg kecil-kecil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lalu
1. Bersinonim dengan berjalan
( melintas, melewati, )
(kata kerja:)

2. Bersinonim dengan berdaya
( larat, bertenaga, bermaya, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan kemudian
( sesudah itu, selepas itu, setelah, justeru itu, maka, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan lewat
( menjangkaui, melampaui, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlalu, melalui, melalukan, terlalu, keterlaluan, laluan,

Puisi
 

Masak bubur terlalu cair,
     Makan dicampur dengan nira;
Tanah lembah kandungan air,
     Kayu bengkok titian kera.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Hendak panjang terlalu,
     patah.

Bermaksud :

Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak harum terlalu hangit, b. Hendak masak langsung hangus).

 

Lihat selanjutnya...(67)

415

Don't make a mountain out of a molehill

Membesar-besarkan sesuatu perkara atau masalah yang sebenarnya kecil atau remeh sahaja. (Peribahasa ini lazimnya dinyatakan kepada seseorang yang terlalu risau mengenai masalah kecil tetapi dianggapnya terlalu serius).

Laksana katak, sedikit hujan banyak bermain.

''I should not have lent you my motoycycle. Now, look what you have done! Mum will surely berate me forever. It must costly to repair it,'' the little brother complained. ''Come on, it's only a small scratch. Don't make a mountain out of a molehill. You dented my car the other day, and I did not even complaint!'' the big brother said.

''Menyesal aku beri kau pinjam motorsikal aku itu. Sekarang, tengok apa dah jadi! Mak tentu akan menghamun aku tak habis-habis. Tentu mahal nak membaikinya,'' rungut si adik. ''Alaihai, calar sedikit sahaja. Kalau ini laksana katak, sedikit hujan banyak bermain. Kau kemikkan kereta aku hari itu, aku tidak merungut sikit pun!'' kata si abang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(30)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
restricted feedingpemberian makanan terbatasVeterinarTiadaKaedah pemberian makanan kepada ternakan supaya ternakan tidak membesar terlalu cepat atau menjadi terlalu gemuk. Ternakan betina yang terlalu gemuk akan merencatkan penghasilan telur atau tidak boleh membiak. Terdapat beberapa kaedah pemberian makanan terbatas iaitu secara selang sehari atau pemberian dengan banyak untuk tiga hari berturut-turut dan untuk dua hari berikutnya pula makanan tidak diberi langsung kepada ternakan. Tujuan kaedah ini dilakukan untuk memastikan ternakan seperti ayam mendapat jumlah makanan dan mengalami pertumbuhan yang seimbang. Demikian juga pada babi, kaedah ini diamalkan untuk mengelakkan ternakan menjadi terlalu gemuk dan merencatkan pembiakan.
micromegalopsiamikromegalopsiaPerubatanTiadaKeadaan penglihatan apabila sesuatu objek dilihat terlalu besar atau terlalu kecil secara bergilir.
leniency errorralat murah hatiPentadbiranTiadaKecenderungan menilai sebilangan pekerja dengan terlalu tinggi atau terlalu rendah.
mempelasmempelasKesenianTiadaDaun yang digunakan untuk memelaskan atau melicinkan ukiran benda-benda kecil, lazimnya daun yang tidak terlalu muda dan tidak terlalu kering. Sinonim: empelas
empelasempelasKesenianTiadaDaun yang digunakan untuk memelaskan atau melicinkan ukiran benda-benda kecil, lazimnya daun yang tidak terlalu muda dan tidak terlalu kering.
neutral soiltanah semula jadiArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTanah yang mempunyai nilai pH7.0, iaitu tidak terlalu berasid dan tidak terlalu beralkali. Pada tapak arkeologi, tanah semula jadi merujuk kepada lapisan yang tidak mempunyai budaya dan dapat dikesan berdasarkan warnanya yang amat cerah berbanding dengan warna di lapisan atas.
personal equationpersamaan peribadiKejuruteraanTiada2. Persamaan peribadi: Pembetulan yang perlu dikenakan kepada bacaan sesuatu alat dengan mengambil kira kecenderungan pencerap untuk membuat bacaan yang terlalu tinggi atau terlalu rendah.
hard coreteras kerasBiologiPatologiRancu pada ubi jalar akibat penyimpanan yang terlalu lama dalam suhu yang terlalu rendah. Bahagian tengah ubi berubah warna dan menjadi keras walaupun setelah dimasak.
hyperthyroidismhipertiroidismeVeterinarTiadaKeadaan apabila kilang tiroid terlalu aktif sehingga hormon tiroksin dibebaskan dengan banyak. Penyakit ini dipanggil tirotoksikosis atau goiter toksik. Kilang tiroid yang terlalu aktif menyebabkan peningkatan kadar metabolisme asas, gangguan sistem saraf autonomi, perasaan gelisah, kadar denyutan jantung meningkat, pengambilan air yang berlebihan dan berlaku penurunan berat badan walaupun selera makan meningkat.
cauliflower topspermukaan berbunga kubisPentadbiran PerniagaanTiadaPermukaan kek yang tidak rata kerana suhu ketuhar terlalu tinggi atau serbuk penaik terlalu banyak.
12345678910...

Kembali ke atas