Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lagi (kata tugas)
Bersinonim dengan dan, serta;,
Kata Terbitan : selagi, lagi-lagi, lagikan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
aqd lāzimakad lazimPerniagaan IslamTiadaAkad yang dilakukan oleh dua pihak, yang tidak membenarkan salah satu pihak membatalkan akad tanpa persetujuan pihak yang satu lagi. Contohnya, penjual dan pembeli tidak boleh membatalkan akad jual beli yang telah termeterai tanpa mendapatkan persetujuan terlebih dahulu daripada pihak yang satu lagi. Sinonim lafaz mengikat.
poultry by-product mealmil hasil sampingan poltriVeterinarTiadaBahan makanan yang diperbuat daripada hasil sampingan kilang memproses ayam. Bahan ini boleh terdiri daripada ofal yang dibuang atau tidak diperlukan lagi seperti bulu, perut, kepala dan kaki haiwan. Bahan-bahan buangan ini perlu dimasak terlebih dahulu dan kemudiannya dikisar serta dikeringkan untuk dijadikan sebagai bahan makanan. Kandungan protein bahan ini ialah 50-55 % dan sesuai untuk semua jenis ternakan.
challenge-responsecabar-sahutTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerMekanisme penyahihan pengguna yang tidak berdasarkan kata laluan tetapi berdasarkan rumusan. Setiap pengguna akan diberikan satu rumusan matematik unik yang memerlukan sebilangan pemboleh ubah yang belum lagi ditetapkan. Rumus yang sama akan disimpan oleh sistem untuk mengesahkan pengguna. Semasa proses pengesahan dilakukan, pengguna akan terlebih dahulu membekalkan pengenalan pengguna. Sistem komputer kemudian akan membekalkan beberapa pemboleh ubah sebagai cabaran. Pengguna seterusnya akan mengambil pemboleh ubah ini dan menggunakannya dalam rumus yang diberikan. Apabila jawapan bagi rumusan diperoleh, pengguna akan menginput jawapan ini sebagai sahutan kepada cabaran sistem. Sekiranya jawapan yang diberikan oleh pengguna adalah sama dengan jawapan yang ditunggu oleh sistem, maka identiti pengguna dapat disahkan. Contohnya, sistem komputer memberikan Ali rumusan X + (Y/Z) sebagai rumusan unik. Dalam proses log masuk, sistem komputer mencabar Ali dengan membekalkan pemboleh ubah X = 37, Y=14, dan Z=7. Ali me
pastapastaMakanan dan PemakananMakananSejenis makanan tradisional Itali yang diperbuat daripada tepung gandum durum tanpa ragi yang dicampur dengan air menjadi doh. Doh dibentuk menjadi kepingan atau pelbagai bentuk seperti mi panjang (spageti), tiub (makaroni), rata (fetucini) dan lembaran (lasagna), mempunyai inti (ravioli), abjad dan pelbagai lagi bentuk yang lain. Pasta yang dijual di pasar raya terdapat dalam bentuk yang telah dikeringkan dan perlu direbus terlebih dahulu sebelum dimasak.

Kembali ke atas