reflected light | cahaya terpantul | Kesenian | Tiada | Cahaya yang terpantul dan tidak menembusi permukaan yang disentuh. |
grazing incidence | tuju gesel | Matematik | Tiada | Sinar-X juga terpantul dari permukaan sama seperti cahaya terpantul kerana serakan koheren di dalam bahan permukaan. Walau bagaimanapun, oleh sebab tenaga foton sinar-X besar, indeks biasanya adalah kecil sedikit daripada satu atau uniti, dan oleh sebab itu pantulan berlaku hanya ke takat sudut genting sahaja, dan biasanya, sudut itu adalah kecil. Oleh sebab itu pantulan sinar-X hanya tinggi bagi sinar yang mengenai permukaan secara menyipi sahaja. |
reflected code | kod terpantul | Kejuruteraan | Tiada | Sistem pengekodan apabila perwakilan perduaan bagi nombor perpuluhan berubah dengan satu bit sekali, dari satu nombor ke nombor yang berikutnya. Sinonim: kod perduaan terpantul. |
reflectance spectrophotometry | spektrofotometri pantulan | Geologi | Tiada | Pengukuran nisbah fluks sinaran spektrum terpantul dari suatu spesimen terhadap fluks sinaran spektrum terpantul dari bahan bauran cahaya piawai. |
reflectance spectrometry | spektrometri kepantulan | Fizik | Optik | Pengukuran nisbah fluks sinaran spektrum terpantul dari suatu spesimen dengan fluks sinaran spektrum terpantul dari bahan bauran cahaya piawai. |
reflected binary code | kod perduaan terpantul | Kejuruteraan | Tiada | Sistem pengekodan apabila perwakilan perduaan bagi nombor perpuluhan berubah dengan satu bit sekali, dari satu nombor ke nombor yang berikutnya. Sinonim: kod terpantul. |
multiple reflection | pantulan berganda | Fizik | Optik | Pantulan yang berlaku apabila sinaran cahaya mengenai plat lut sinar yang tersusun selari. Sebahagian daripada sinaran ini terpantul dan sebahagian lagi memasuki plat dan kemudian terpantul semula secara berulang-ulang di antara kedua-dua plat tersebut. pantulan berulang. |
screen gain | gandaan/pencerahan skrin | Teknologi Maklumat | Tiada | Pengukuran pantulan cahaya pada permukaan skrin monitor atau skrin tayangan. Nombor gandaan mewakili nisbah cahaya yang terpantul daripada skrin dibandingkan dengan cahaya yang terpantul dari papan putih yang piawai (magnesium oksida). Sebagai contoh gandaan skrin bernilai 1.5 akan mempunyai jumlah pantulan 50% cahaya lebih tinggi daripada yang dipantul oleh papan putih. |

reflected | dipantul; terpantul | Matematik | Tiada | Tiada |