air pocket | poket udara | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | 1. Ruang yang berisi udara dalam sesebuah bekas cecair. Udara terperangkap dalam cecair tersebut kerana terdapat halangan atau keadaan bentuk dalaman bekas yang boleh memerangkap udara. Udara juga mungkin terperangkap kerana kelikatan bendalir terlalu tinggi sehingga menyebabkan udara tidak dapat dibebaskan. 2. Kawasan ruang udara atmosfera yang bertekanan rendah dan menyebabkan pengurangan daya angkat secara tiba-tiba. Keadaan ini sering berlaku di laluan kapal terbang yang mempunyai pergerakan udara yang bergelora dan menyebabkan tekanan ruang udara jatuh dan menjadikan tekanan rendah daripada tekanan persekitaran. |
air lock | sendat udara | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | 1. Ruang kedap udara yang menyediakan laluan antara dua tempat kerja yang berbeza tekanan. Tekanan persekitaran luar bertekanan atmosfera manakala tekanan lebih tinggi di bahagian dalam ruang kerja. Ruang ini biasanya terdapat di dalam ruang kerja terowong bawah tanah, kapal selam dan bahagian kuarantin hospital. 2. Keadaan apabila gelembung udara terperangkap di dalam aliran cecair dalam sistem perpaipan. Gelembung udara ini boleh menyebabkan aliran cecair tersekat. Aliran masih tersekat selagi udara yang terperangkap tidak dibebaskan. Keadaan ini boleh juga berlaku dalam sistem brek kereta. 3. Keadaan apabila gelembung udara terperangkap di permukaan bahagian acuan dengan plastik suntikan dalam proses suntikan plastik teracu. Kesan sendat udara ini menghasilkan permukaan yang berombak dan kualiti produk yang tidak mencapai standard. |
creaming | pengkriman | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | 1. Proses memukul lemak dengan sudu atau alat pencampur untuk menjadikannya lembut dan berkrim melalui kemasukan udara. Udara yang terperangkap membentuk buih yang disaluti oleh hablur lemak. 2. Pembentukan lapisan permukaan seperti pembentukan krim susu apabila dibiarkan begitu sahaja. |
blister | gelembung | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | 1. Banggol pada permukaan papan lapis akibat pemisahan lapisan-lapisan venir yang biasanya berlaku pada garis perekat. Gelembung terjadi kerana beberapa sebab, seperti ketakcukupan perekat, tempoh pengesetan haba atau tekanan yang singkat atau disebabkan oleh lembapan, wap atau udara yang terperangkap. 2. Corak beralun pada permukaan kayu yang terhasil daripada pembelahan tangen atau pemotongan putar venir, akibat ira yang beralun atau berkerinting. |
Macleod gauge | tolok Macleod | Kimia | Kimia Analisis | Peranti untuk mengukur tekanan gas yang rendah di antara 10-5 – 1 torr, di dalam sistem vakum tekanan tinggi. Tekanan ditentukan dengan mengukur tinggi turus raksa yang ditolak oleh gas yang terperangkap. |
organogel | organogel | Farmasi | Farmaseutik | Bahan yang terdiri daripada termoplastik bukan hablur dan bukan kaca yang mengandungi cecair organik yang terperangkap dalam jaringan sambungan silang tiga dimensi. Cecair boleh terdiri daripada pelarut organik, minyak mineral dan minyak sayuran.1"> |