overtopped | tertindas | Perhutanan | Tiada | Tiada |
immunosuppressed | imun tertindas | AIDS | Tiada | Lihat immunocompromised |
depressed cast | rasa tertindas | Sosiologi | Tiada | Tiada |
carrier-suppressed transmission | penghantaran pembawa tertindas | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
hypostatic gene | gen hipostasis | Biologi | Genetik | Gen yang tertindas dalam fenomena epistasis. |
Competition Act | Akta Persaingan | Ekonomi | Tiada | Akta yang memberi perlindungan undang-undang kepada firma-firma yang lemah supaya tidak tertindas oleh firma-firma yang kuat akibat persaingan, seperti perlindungan firma kecil daripada firma besar yang mempunyai kuasa monopoli atau perlindungan firma tempatan daripada persaingan firma antarabangsa. |
narcoanalysis | narkoanalisis | Perubatan | Tiada | Sejenis rawatan psikoterapi dengan pemberian dadah berbirturat kepada pesakit dengan perlahan-lahan secara intravena. Rawatan ini dilakukan untuk membolehkan pesakit meluahkan perasaannya yang tertindas. Sin: narkosintesis |
revolution | revolusi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Gerakan besar-besaran yang mengubah sistem politik, ekonomi dan sosial sesebuah masyarakat. Gerakan lazimnya berlaku dari bawah atau digerakkan oleh masyarakat kelas bawahan khususnya golongan tani. Golongan yang tertindas akan melancarkan revolusi bagi mengubah sistem yang begitu mencengkam. Walaupun pernah muncul idea Marx mengenai revolusi proletar yang mungkin meletus, namun idea ini tidak menjadi realiti. Sebaliknya revolusi yang berlaku di dunia hanya bergerak dalam masyarakat tani seperti di China, Cuba, Vietnam dan Cambodia. Revolusi yang menukarkan sistem politik ini boleh berlaku kepada sistem beraja ataupun republik. Meskipun terdapat perbincangan mengenai revolusi daripada golongan atasan seperti yang berlaku di Jerman di bawah Hitler, namun penggunaan istilah revolusi lebih banyak merujuk kepada revolusi dari bawah. Revolusi kemudiannya membentuk satu masyarakat baru yang berbeza dengan struktur lama. |
pilot tone | nada pandu | Kejuruteraan | Tiada | 1. Frekuensi tunggal yang dihantar melalui saluran sempit untuk menyebabkan penggeraan atau kawalan automatik beroperasi.,2. Isyarat yang disertakan pada maklumat stereo, dan dikenakan dalam subsaluran pada isyarat fm, yang digunakan untuk membetulkan subpembawa tertindas dan menyegerakkan pensuisan pengesan dalam penyahkod stereo. |
historicism | fahaman sejarah | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Proses mengkaji dan mempelajari sesuatu analisis politik dengan menyelidik perjalanan sejarah. Contohnya, Karl Marx menganjurkan pandangan mengenai interpretasi materialis tentang fahaman sejarah masyarakat manusia. Menurut beliau, sejarah manusia difahami melalui pertentangan kelas, iaitu antara kelas penindas dengan kelas tertindas. Beliau meramalkan perkembangan sejarah manusia melalui analisis sejarah yang bersifat dialektik materialisme. Oleh itu, aspek material yang penting dalam perkembangan sejarah manusia ialah aktiviti ekonomi. |