par excellence | terulung | Sejarah | Tiada | Tiada |
category | kategori | Pendidikan | Tiada | Cara kewujudan sebenar yang terulung. |
racial bigotry | taasub bangsa | Sejarah | Tiada | Sifat yang begitu taasub dan bangga dengan keturunan bangsanya sendiri yang dianggap terulung di dunia. |
Persian carpet | permaidani Parsi | Kesenian | Hiasan Dalaman | Permaidani yang dianggap penting dalam seni dan budaya Parsi kerana tenunannya merupakan suatu kemahiran terulung dalam seni dan budaya Parsi. Berdasarkan bukti yang ditemui oleh pengkaji, seni tenunan ini telah bermula sejak zaman Parsi purba. Permaidani Parsi terbahagi kepada tiga, iaitu: 1. Farsh/Qalii' (ukuran melebihi 6'0'x 4'0') 2. Qalicheh (ukuran tidak melebihi 6'0' x 4'0') 3. Kilim(permaidani nomad, termasuklah Zilu yang bermaksud permaidani kasar). Sinonim 'ambal parsi'. |
IOS (International Organisation for Standardisation) | ISO (Organisasi Piawaian Antarabangsa) | Teknologi Maklumat | Tiada | Organisasi yang membangunkan dan menerbitkan piawai global ISO untuk pertukaran maklumat dan komunikasi . Piawai terulung ialah model ISO/OSI, iaitu piawai bagi interaksi komputer untuk pertukaran maklumat dalam rangkaian komunikasi. Sinonim ISO (International Organisation for Standardisation) |
differentiation strategy | strategi pembezaan | Pengurusan | Perancangan | Pendekatan yang dipilih oleh pengurusan atasan sesebuah organisasi untuk mengatasi pesaing di pasaran dengan menonjolkan kelainan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Contoh strategi pembezaan ialah pendekatan yang dilakukan oleh syarikat telefon bimbit terulung yang mengeluarkan produk mereka menggunakan sistem operasinya yang tersendiri (iOS) berbanding dengan produk lain. |
critical theory | teori kritikal | Sains Politik | Politik Perbandingan | Rangkaian teori yang menyediakan alat analisis dan asas etika yang perlu untuk memahami sesuatu fenomena sosial yang terselindung dalam masyarakat. Teori ini memberikan penjelasan konseptual yang mengambil kira pelbagai dimensi politik, ekonomi dan sosial dalam memberikan penjelasan dan penghuraian sesuatu fenomena sosial. Teori kritikal cuba mendedahkan masyarakat kepada fakta yang wujud dan mesti difahami oleh masyarakat berhubung dengan alam sosialnya. Teori ini mempunyai perkaitan idea dengan pemikiran Karl Marx, tetapi kemudiannya telah diubah suai oleh kelompok pemikir dari Sekolah Pemikiran Frankfurt, Jerman pada tahun 1923. Antara tokoh pemikir terulung aliran ini ialah Max Horkheimer (1895- 1973) dan Jurgen Habermas. |