Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tés.ti.mo.nial] | تيستيمونيال

Definisi : (téstimonial) surat perakuan tentang keperibadian, kebolehan, kelayakan, dsb seseorang, yg biasanya diberikan oleh majikannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tés.ti.mo.nial] | تيستيمونيال

Definisi : /téstimonial/ kenyataan bertulis sbg pengakuan ttg kebolehan (kelakuan dll) seseorang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata testimonial


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
testimonialtestimonialPendidikanTiadaTiada
testimonialtestimonialSosiologiTiadaTiada
testimonialtestimonialSejarahTiadaTiada
testimonialtestimonialSukanTiadaPerlawanan khas untuk seseorang pemain yang akan bersama setelah sekian lama berkecimpung dalam permainan kriket.
testimonialtestimonialSukanTiadaTiada
testimonial advertisingpengiklanan penghargaanKomunikasiTiadaTiada
testimonial formatformat pembuktianKomunikasiKorporatKaedah pengiklanan yang menggunakan cara pengendorsan melalui seorang jurucakap. Jurucakap yang dipilih adalah terdiri daripada individu yang mempunyai kedudukan yang dihormati dan dikenali serta pakar bidang yang pernah melalui pengalaman menggunakan barangan atau perkhidmatan yang diiklankan. Contohnya, seorang ketua jurutera pasukan pelumbaan Formula 1 yang memberikan kenyataan pembuktian tentang kehebatan minyak pelincir yang diiklankan. Kekuatan pendekatan iklan ini bergantung pada kewibawaan jurucakap yang memberikan bukti sebenar keistimewaan sesuatu barangan.
scientific testimonialpembuktian saintifikKomunikasiKorporatKaedah pengiklanan yang memaparkan ciri saintifik kandungan barangan yang diiklankan. Melalui kaedah ini, perincian mengenai unsur pembuatan dan kandungan barangan dipaparkan. Cara pemaparannya adalah pelbagai, seperti menggunakan pendekatan tiga dimensi (3D), menyenaraikan bahan yang digunakan, dan menonjolkan aspek saintifik sesuatu kandungan barangan yang diiklankan. Proses pemaparannya kadangkala menggunakan jurucakap yang terdiri daripada pakar dalam sesuatu bidang yang berkaitan dengan barangan. Contohnya, seorang doktor veterinar menyebut tentang khasiat sesuatu jenis vitamin yang terdapat dalam barangan makanan binatang yang diiklankan. Tujuan pengguna kaedah ini adalah untuk meyakinkan khalayak yang berpendidikan tinggi kerana dalam banyak keadaan, pendekatan secara emosi atau format endorsan tidak cukup berkesan untuk meyakinkan mereka.

Kembali ke atas