doubly reinforced concrete | konkrit tetulang ganda | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Konkrit tetulang yang mengandungi tetulang keluli di bahagian mampatan dan juga tegangan. |
bundled reinforcement | tetulang terberkas | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Tetulang daripada sejumlah batang keluli yang digunakan sebagai tetulang struktur diberkas mengikut arah selari dan diikatkan bersama dengan rakap untuk membentuk anggota struktur konkrit. Contoh penggunaannya ialah di dalam rasuk konkrit, tiang konkrit dan sebagainya. (Rajah 102) tetulang terberkas (Rajah 102) |
lilit tetulang | lilit tetulang | Kesenian | Tiada | Lilitan pada junjung yang helaiannya digunakan secara teratur untuk mengikat junjung pada bingkai menggunakan pelbagai ikatan seperti ikat sinunsuri, ikat linampas dan sebagainya. |
mesh reinforcement | tetulang jejaring | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Tetulang daripada serat dawai kimpalan yang digunakan sebagai tetulang di dalam konkrit khususnya di dalam papak lantai. |
shrinkage reinforcement | tetulang kecutan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Tetulang sekunder yang direkabentuk bagi menghadapi tegasan kecutan di dalam konkrit. Fungsinya adalah sama dengan tetulang agihan. |
unreinforced structure | struktur tanpa tetulang | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Struktur konkrit yang tidak mengandungi sebarang tetulang keluli, jejaring ataupun dawai kimpalan. Struktur tanpa tetulang ini terdapat pada kaki lima rumah atau bangunan. |
glass reinforced concrete | konkrit tetulang kaca | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Konkrit tetulang yang diadunkan dengan gentian kaca untuk menghasilkan komponen konkrit yang bukan sahaja lebih nipis anggotanya tetapi juga dapat memberikan kekuatan dan ketahanan hentaman yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan konkrit tetulang biasa. |
distribution bar | bar agihan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Bar yang terletak pada lantai konkrit tetulang ataupun pada dinding konkrit tetulang yang bersudut tepat dengan tetulang utama dengan tujuan untuk mengagihkan beban tumpu dan papak dan seterusnya menghalang keretakan daripada terus merebak. |
pretensioning | prategangan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Kaedah prategasan yang memerlukan tetulang ditegangkan terlebih dahulu sebelum konkrit dapat dituangkan ke dalam acuan yang mengandungi tetulang tersebut. Apabila tempoh kematangan konkrit dicapai, tambatan dibebaskan dan tegasan daripada tetulang dipindahkan kepada konkrit. |
pilaster | tetulang dinding | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Tetulang yang membentuk struktur pengukuh yang didirikan tegak dalam pembinaan dinding batu ataupun dinding konkrit untuk menstabilkan dan menguatkan struktur tersebut. |