Alzheimer's disease | penyakit Alzheimer | Jururawat | Kejururawatan Klinikal | Demensia yang tidak diketahui sebabnya dan berlaku pada pertengahan umur, iaitu di antara 30-60 tahun. Sinonim presenile dementia.
|
adaptation | adaptasi | Kesusasteraan | Tiada | Penyesuaian dengan keadaan yang baharu atau berbeza. Penyesuaian melibatkan penyusunan semula keseluruhan atau sebahagian karya daripada suatu bahasa, budaya, medium atau genre kepada bahasa, budaya, medium atau genre yang lain. Adaptasi yang melibatkan bahasa dan budaya ialah karya terjemahan dan saduran. Adaptasi yang melibatkan medium dan genre ialah novel atau cerpen kepada filem atau televisyen, atau daripada novel kepada drama. Contoh karya adaptasi klasik ialah Hikayat Seri Rama Melayu yang berasal daripada epik Ramayana dari India. Contoh lain ialah novel Juara karya S. Othman Kelantan yang diadaptasikan kepada filem dengan tajuk Jogho diarahkan oleh U-Wei Haji Saari pada tahun 1997. Novel Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad diadaptasikan kepada bentuk filem dengan judul yang sama, cerpen “Uda dan Dara” karya Usman Awang diadaptasikan kepada drama pentas dengan tajuk Muzikal Uda dan Dara, novel Sali |
parody | parodi | Muzik | Tiada | 1. Karya yang dicipta untuk mempersendakan karya lain yang lebih serius melalui karikatur muzikal. Contohnya, teks baru yang berjenaka digunakan untuk menggantikan teks asal, suasana dan perwatakan karya asal diputar belit dan ditokok tambah. Contohnya, Golliwog's Cake Walk daripada Children's Corner oleh Debussy (1862-1918).
|