immunities | kekebalan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Hak untuk dikecualikan daripada tindakan undang-undang nasional. Contohnya, negara berdaulat, pegawai diplomatik dan pertubuhan antarabangsa adalah pihak-pihak yang memiliki kekebalan, iaitu tidak boleh didakwa atau dituntut daripada bidang kuasa mahkamah sesebuah negara. |
acquittal | pembebasan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Keputusan mahkamah atau tribunal jenayah yang membebaskan atau melepaskan seseorang tertuduh daripada tuduhan. Si tertuduh dibebaskan apabila di hujung perbicaraan, mahkamah mendapati si tertuduh �tidak bersalah�. Si tertuduh yang dibebaskan tidak boleh didakwa sekali lagi atas pertuduhan yang sama atas prinsip ancaman berganda. Amalan ini dipakai dalam undang-undang jenayah antarabangsa. |
immunity of organisation | kekebalan pertubuhan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Hak yang diberikan kepada sesebuah pertubuhan antarabangsa untuk dikecualikan daripada tindakan undang-undang nasional. Pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) adalah kebal daripada bidang kuasa mahkamah sesebuah negara. Malah, agensi pertubuhan antarabangsa itu juga tidak boleh didakwa atau dituntut di dalam mahkamah nasional. Contoh penggunaan kekebalan ini terdapat dalam kes Difference Relating to Immunity from Legal Process of a Special Rapporteur of the Commission on Human Rights. |
health supplement | tambahan kesihatan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Produk yang didakwa boleh mengekalkan, meningkatkan dan memperbaiki fungsi kesihatan badan manusia. Produk ini dihasilkan dalam bentuk dos berunit kecil seperti kapsul, tablet, serbuk, cecair dan tidak termasuk sebarang sediaan steril (suntikan dan titis mata). Produk ini juga mungkin mengandungi satu atau lebih, atau gabungan bahan seperti yang berikut: i. vitamin, mineral, asid amino, asid lemak, enzim, probiotik, dan bahan bioaktif lain; ii. bahan semula jadi seperti haiwan, mineral, dan bahan herba sama ada dalam bentuk ekstrak, bahan terpencil, pati atau metabolit; iii. sumber sintetik bagi bahan yang disebut dalam (i) dan (ii) hanya boleh digunakan jika terbukti keselamatannya. |
unregistered product | produk tidak berdaftar | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Produk yang tidak mendapat kebenaran oleh pihak berkuasa untuk dipasarkan di bawah peruntukan Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR). Individu yang menjual produk tidak berdaftar boleh didakwa. |
ne bis in idem | ne bis in idem | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Doktrin yang menyatakan bahawa tindakan undang-undang tidak boleh dilakukan dua kali atas kausa tindakan yang sama. Dalam konteks undang-undang jenayah antarabangsa, Mahkamah Jenayah Antarabangsa akan menjalankan bidang kuasa terhadap sesuatu jenayah antarabangsa hanya sekiranya negara yang mempunyai bidang kuasa ke atas jenayah itu tidak mahu atau tidak mampu menjalankan bidang kuasa jenayah tersebut. Hal ini dilakukan supaya orang yang disyaki itu tidak didakwa dua kali atas jenayah yang sama. |
prisoner of war | tawanan perang | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Penempur yang ditangkap oleh musuh. Tawanan perang yang tidak lagi mampu berperang dilindungi oleh undangundang kemanusiaan antarabangsa. Ini bermakna mereka tidak boleh dibunuh atau dicederakan, malah mesti diberikan makanan, pakaian, rawatan jika cedera atau sakit, dan sebagainya. Tetapi sekiranya sebelum ditangkap, mereka didapati ada melakukan jenayah perang atau jenayah terhadap kemanusiaan, mereka boleh didakwa di dalam mahkamah. |
sovereign | daulat | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kuasa tertinggi yang tidak mempunyai batas sama ada merujuk kepada negara atau raja. Negara yang berdaulat adalah negara yang merdeka, tidak dijajah atau dikuasai pemerintahannya oleh sebarang kuasa luar. Ia bebas melaksanakan pemerintahan sendiri. Manakala daulat raja merujuk kepada kuasa luar biasa yang dimilikinya dan penderhakaan terhadapnya boleh membawa bencana. Pada masa dahulu, raja dipercayai sebagai utusan tuhan di muka bumi dan memiliki kekuatan luar biasa seperti boleh melihat benda yang gbaib. Konsep ini sering dikaitkan dengan usaha golongan istana untuk mendapatkan sokongan dan kesetiaan rakyat. Contohnya, kedudukan daulat Raja Melayu Melaka dahulu didakwa hasil daripada keturunan Iskandar Zulkarnain yang bermula dengan perjanjian antara Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun. |
mistake of fact | kesilapan fakta | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Kekhilafan mengenai sesuatu perkara selain daripada kesilapan undang-undang. Kesilapan fakta boleh menjadi alasan atau pembelaan oleh pihak tertuduh bagi mengelakkan tanggungjawab jenayah. Kesilapan fakta hendaklah membatalkan elemen mens rea (niat jahat), seperti kesilapan identiti mangsa. Contohnya, dalam undang-undang jenayah antarabangsa, seorang penempur yang menyangka sasarannya ialah seorang musuh, dan menyerang sasaran tersebut tetapi kemudiannya mendapati mangsa ialah orang awam yang dilindungi oleh undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Penempur yang tidak mempunyai niat untuk mensasarkan orang awam tersebut boleh menjadikan kesilapan fakta sebagai satu alasan jika dia didakwa di mahkamah. |