Ishihara test | ujian Ishihara | Kejururawatan | Tiada | Ujian yang digunakan untuk menentukan sama ada individu menghidapi masalah penglihatan warna atau sebaliknya. Dalam ujian ini, nombor dan sesuatu bentuk diletakkan dalam latar bertitik warna tertentu. Latar dan nombor tersebut mempunyai warna yang berbeza. Contohnya, individu buta warna akan melihat rajah dalam ujian Ishihara sebagai titik-titik bercampur aduk, sementara individu yang tidak buta warna akan dapat mengenal pasti nombor atau bentuk yang terbenam dalam latarnya. |
blind study | kajian buta | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Kajian penyelidik yang tidak mengetahui kedudukan sebenar subjek yang diperiksa, sama ada subjek daripada kumpulan eksperimen atau kumpulan kawalan. Kajian buta terbahagi kepada dua, iaitu kajian buta tunggal dan kajian buta duaan. Kajian buta tunggal ialah kaedah kajian apabila subjek menerima rawatan yang hendak diuji, tetapi tidak mengetahui jenis rawatan tersebut. Walau bagaimanapun, pengkaji yang terlibat mengetahui jenis rawatan yang digunakan. Kajian buta duaan pula ialah kaedah kajian apabila kedua-dua penyelidik dan subjek kajian tidak mengetahui jenis rawatan yang diterima oleh subjek. Kaedah ini mengurangkan bias sama ada kepada subjek atau pengkaji, dan mendapat keputusan yang lebih dipercayai daripada kajian buta tunggal. |
bebuta | bebuta | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama biasa bagi kayu Excoecaria spp. daripada famili Euphorbiaceae. Nama lain di semenanjung dan Sabah ialah buta-buta. Hanya satu spesies sahaja yang mencapai ukuran balak, iaitu Exoecaria agallocha. Gubal dan teras kayu ini biasanya berwarna ungu keputihan dan sukar dibezakan antara kedua-duanya. Tekstur kayunya agak halus dengan ira yang lurus. kayu bebatu mempunyai purata nilai ketumpatan keringan udara 560kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana berat. Kayu ini tidak mempunyai ketahanan semula jadi yang baik dan boleh digunakan untuk membuat alat permainan, perabot, kotak pembungkus, terompah dan juga arang. |
low vision | penglihatan terhad | Umum | Tiada | Rabun yang tidak dapat dipulihkan dengan memakai cermin mata, kanta lekap atau pembedahan. Keadaan ini tidak sama dengan buta kerana masih terdapat sisa penglihatan. Penglihatan terhad termasuklah titik buta, rabun malam dan penglihatan kabur. |
nidicolous | nidikolus | Biologi | Ekologi | Berkaitan dengan anak burung yang tidak bermaya dan biasanya tidak berbulu dan buta, selepas sahaja menetas. Oleh itu anak burung ini harus diberi makan dan dijaga di dalam sarang oleh ibunya selama beberapa hari atau minggu, selepas menetas. Misalnya, burung helang. Bandingkan nidifugus. |
double-blind test | ujian buta duaan | Perubatan | Tiada | Kajian tentang kesan ubatan yang subjek dan pengkaji tidak mengetahui siapa yang menerima ubatan. Sinonim: ujian buta duaan. |
double-blind study | kajian buta duaan | Perubatan | Tiada | Kajian tentang kesan ubatan yang subjek dan pengkaji tidak mengetahui siapa yang menerima ubatan. Sinonim: ujian buta duaan. |
blind print | cetak buta | Perpustakaan | Tiada | Istilah yang digunakan bagi merujuk halaman-halaman yang tidak tercetak secara tidak sengaja. |
anomalopia | anomalopia | Perubatan | Tiada | Keadaan buta warna yang tidak sepenuhnya. |
illiterate | buta huruf | Sosiolinguistik | Tiada | Tidak boleh membaca dan/atau menulis. |