abstract | sari; abstrak/niskala | Matematik | Tiada | Berkaitan dengan sifat tidak konkrit, tidak boleh dipegang atau digambarkan secara jasmani dan dalam peringkat ini, simbol dan penaakulan sahaja digunakan. |
abstract symbol | simbol abstrak | Matematik | Tiada | Suatu simbol tidak konkrit yang menandakan sifat-sifat umum. |
retaining wall | tembok penahan | Kesenian | Seni Bina | Struktur binaan sama ada bersifat sementara atau kekal yang didirikan khusus untuk menyokong atau menahan tanah secara menegak supaya tanah tidak runtuh. Struktur ini boleh dibina sama ada menggunakan kayu, batu, bata, blok konkrit, konkrit, konkrit tetulang, kepingan keluli dan sebagainya. Selain bertujuan untuk menahan tanah, tembok penahan juga dibina untuk tujuan landskap. Sinonim lapis lindung. |
cracked section | keratan retak | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Keratan konkrit yang direkabentuk berdasarkan andaian yang konkrit tidak mempunyai rintangan terhadap tegasan tegang. |
beton brut/beton brutt | konkrit kasar | Kesenian | Seni Bina | Konkrit yang dibentuk supaya mempunyai permukaan yang kelihatan kasar dan tidak ditutup dengan sebarang lepaan. Bagi memastikan permukaan konkrit menjadi kasar, cetakan mukaan kayu atau acuan papan lapis akan digunakan untuk mencurahkan konkrit. Apabila konkrit telah mengeras, permukaannya akan mencerminkan balikan permukaan kasar acuan. Kaedah sebegini bertujuan untuk mengekalkan rupa tampak konkrit dengan menyerlahkan kemasan kasar yang diperoleh daripada mukaan acuan. Permukaan konkrit seperti ini telah digunakan pada bangunan seperti d�Habitation pada awal abad ke-20. Ia juga berkembang sebagai sebahagian daripada seni bina Brutalisme pada tahun 1960-an dan 1970-an. Perintis bagi kaedah ini ialah tokoh arkitek, Auguste Perret dan tokoh-tokoh arkitek moden yang lain. |
mould oil | minyak acuan | Alam Bina | Tiada | Minyak yang disapukan pada permukaan acuan supaya konkrit tidak melekat padanya. |
no-fines concrete | konkrit tanpa agregat halus | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Konkrit yang tidak mengandungi agregat halus. Ketiadaan agregat halus ini, menyebabkan konkrit jenis ini mempunyai rongga-rongga dan kekuatannya pun rendah. |
heterogeneous concrete | konkrit heterogen | Kejuruteraan | Tiada | Konkrit yang terdiri daripada agregat bersaiz besar yang menghasilkan campuran konkrit yang tidak sekata. |
stop end | penutup acuan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Penutup daripada kayu yang digunakan untuk menyekat dan menutup bahagian tertentu acuan supaya konkrit tidak mengalir keluar dan menghalang pengkonkritan. |
no-fines concrete | konkrit tanpa agregat halus | Alam Bina | Tiada | Konkrit yang tidak mengandungi agregat halus. |