Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Sudah lama tidak ke ladang,
     Lebih padi dari kangkung;
Sudah lama tidak terpandang,
     Hati beramuk dengan jantung.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Cencang air tidak putus,
     pancung abu tak berbekas.

Bermaksud :

Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali. (Peribahasa lain yang sama makna: Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga).

 

Lihat selanjutnya...(8)

201

Every flow must have its ebb

Kesenangan atau kemewahan yang dirasai lazimnya tidak kekal lama. Esok lusa pasti datang kesusahan.

Ada pasang surutnya

He came into fortune but he forgot easily. I'd helped him a lot but he treated me like a dog. I told myself, every flow must have its ebb. One day, he would realize that nothing lasts forever.

Dia tiba-tiba meraih kekayaan tetapi dia mudah lupa. Aku telah banyak membantunya tetapi dia melayani aku seperti anjing. Aku berkata pada diriku, ada pasang surutnya . Satu hari nanti, dia akan sedar bahawa semuanya ini tidak kekal.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(26)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
equinoctial rainsmusim hujan ekuinoksSainsHidrometeorologiMusim hujan yang selalu berlaku pada masa atau tidak lama selepas ekuinoks di banyak tempat dalam lingkungan beberapa darjah sekitar khatulistiwa. Ciri dua maksimum kerpasan tahunan yang nyata terdapat terutamanya di kawasan iklim hutan hujan tropika. Kawasan utama ialah lembah Kongo, lembah besar Amazon, dan Hindia Timur. Di kebanyakan tempat, maksimum musim bunga adalah lebih besar daripada musim-musim lain.
secondary structurestruktur sekunderGeologiTiadaStruktur pada batuan endapan yang terbentuk penesebaya dengan pemendapan atau tidak lama selepas pemendapannya.
provisional arresttangkapan sementaraUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTindakan menahan seseorang yang dikehendaki untuk dibicarakan dalam satu tempoh yang tidak lama. Dalam konteks undang-undang jenayah antarabangsa, Mahkamah Jenayah Antarabangsa boleh memohon kepada sesebuah negara pihak untuk melakukan tangkapan sementara apabila seseorang yang dikehendaki berisiko melarikan diri. Apabila mahkamah memohon penyerahan, individu tersebut akan diserahkan untuk dibicarakan. Tetapi sekiranya tiada permohonan untuk penyerahan setelah berakhirnya tempoh tertentu, individu tersebut boleh dibebaskan.
detention storagestoran tahananKejuruteraanTiadaBahagian mendakan yang disimpan untuk sementara dalam perjalanannya ke sistem sungai, semasa hujan turun atau tidak lama selepas berhentinya hujan.
El NinoEl NinoMeteorologiMeteorologi PerhubunganFenomena arus lautan yang agak panas yang bergerak ke selatan di sepanjang pantai Ecuador, dan terjadi tidak lama selepas Krismas. Apabila El Nino berlaku, jalur hujan tropika akan bergerak ke selatan dan arus lautan akan menganjur di sepanjang pantai Peru sehingga 12�S. Kejadian ini menyebabkan ikan dan plankton mati di perairan pantai, dan menghasilkan fenomena yang hampir serupa dengan pasang merah Florida.
electrical anaesthesiaanestesia elektrikPerubatanTiadaKaedah pemberian anestesia umum, anestesia spina dan anestesia setempat dengan menggunakan laluan aliran elektrik. Teknik ini telah diperkenalkan oleh d’ Arsonval 1851 - 1940), iaitu seorang ahli fizik Perancis pada tahun 1890 dan S Leduc tidak lama selepas itu.
passive immunitykeimunan pasifFarmasiBioteknologi FarmasiKeimunan tubuh yang diperoleh melalui pemberian antibodi atau sel T teraktif. Keimunan pasif juga boleh dipindahkan daripada ibu kepada janin melalui plasenta atau daripada ibu kepada bayi melalui penyusuan badan. Keimunan ini memberikan perlindungan segera terhadap sesuatu jangkitan, tetapi tempoh perlindungan ini tidak lama.
gravitational instabilityketakstabilan gravitiMatematikTiadaKecenderungan sesuatu medium tak sekata yang melebihi saiz genting, lama-lama menjadi semakin tidak sekata lagi disebabkan oleh tarikan graviti yang dianggap sebagai proses pembentukan galaksi.
archaismarkaismeKesusasteraanTiadaPenggunaan perkataan, frasa atau ayat yang dianggap kuno, purba, usang atau antik kerana telah lama tidak digunakan. Perubahan masa menyebabkan banyak perkataan yang pernah digunakan pada zaman silam dianggap lupus dan kuno. Ada kalanya, bahasa arkaik agak sukar difahami maksudnya, dan memerlukan penelitian yang lebih terperinci. Umumnya, bahasa arkaik banyak ditemui dalam puisi. Dalam kesusasteraan Inggeris, perkataan seperti �thye�, �thee�, atau �morn� merupakan perkataan arkaik. Arkaisme mempunyai peranan tertentu, antaranya dapat meninggalkan kesan penggunaan bahasa yang berbeza daripada bahasa biasa, serta dapat menimbulkan suasana budaya masa lampau kepada pembaca masa kini. Dalam tradisi Melayu, bahasa arkaik banyak ditemui dalam teks Melayu lama, khususnya dalam mantera Melayu.
frozen foodmakanan sejuk bekuPentadbiran PerniagaanTiadaMakanan yang disejuk dan dibekukan di dalam peti sejuk atau bilik sejuk supaya tahan lama, tidak busuk atau rosak.
12345678910...

Kembali ke atas