Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lacheskelengahanUndang-undangTiadaKelengahan yang tidak munasabah dalam menguatkuasakan hak di sisi ekuiti.
unreasonabletidak munasabahUndang-undangTiadaBerkaitan dengansesuatu yang tidak wajar, tidak sesuai atau melebihi apa yang patut.
cut-offpenggalanFizikModenTeknik yang digunakan apabila sumbangan terhadap nilai kuantiti fizik yang diberikan oleh kamiran ke atas perubah tertentu tidak munasabah, terutama apabila sumbangan tak terhingga.
tall talescerita karutKesusasteraanTiadaCerita-cerita lucu yang menggunakan unsur-unsur kejadian sebenar dan diceritakan kembali sehingga menjadi cerita yang tidak munasabah dan tidak boleh diterima akal. Contoh: cerita Selempang Merah dan cerita Datok Bahaman menyeberangi sungai Pahang.
catachresissalah ungkapKesusasteraanPuisiPenggunaan perkataan atau istilah yang tidak kena pada tempatnya. Ada kala ia berbentuk bahasa kiasan yang tidak munasabah. Contohnya, 'dia cerdik macam Pak Pandir' dan nasibnya baik seperti Lebai Malang. Sinonim katakresis .
farcefarsaKesusasteraanTiadaSejenis komedi yang dipersembahkan secara berlebih-lebihan oleh pendukung wataknya bertujuan untuk mencetuskan unsur lawak jenaka. Farsa dipersembahkan dengan memberikan penekanan kepada aksi fizikal yang lucu, watak yang dibesar-besarkan, plot yang rumit, peristiwa yang tidak munasabah, dan kerap kali bersifat sindiran seksual. Farsa bukan seperti komedi biasa yang hanya mencetuskan gelak ketawa, tetapi farsa turut membuat komentar dan sindiran tentang kehidupan sosial manusia. Farsa dipercayai berasal dari zaman Yunani dan berkembang pada zaman Rom, Perancis, dan Jerman pada kurun ke-13. Seterusnya farsa berkembang di England pada kurun ke-16, Farsa bermula pada awal kurun ke-20, tetapi digantikan dengan jenis filem seperti The Three Stooges dan Charlie Chaplin. Contoh farsa dalam karya tempatan ialah siri filem Bujang Lapok, iaitu Pendekar Bujang Lapok, Bujang Lapok, dan Seniman Bujang Lapok. Farsa berasal daripada perkataan Latin farcire bermaksud �mengisi�.
deprival of pawn rightpelucutan hak gadaianEkonomiEkonomi IslamKehilangan hak penggadai terhadap barang gadaian yang meliputi hak milik, hak pengurusan dan hak penebusan. Kehilangan hak berlaku sekiranya penggadai melakukan penipuan, memberi maklumat palsu atau memberi penerangan yang tidak jelas dan tidak munasabah. Oleh itu, barang gadaian tersebut menjadi hak milik pegadai.
redemption righthak penebusanEkonomiEkonomi IslamKuasa menebus semula barang gadaian. Penggadai boleh menebus barang gadaiannya sendiri atau memberi kuasa kepada wakilnya. Penebusan ini boleh dilakukan sebelum atau pada tamat tempoh gadaian. Hak penebusan ini akan terlucut sekiranya penggadai melakukan penipuan, memberi maklumat palsu atau memberi penerangan yang tidak jelas dan tidak munasabah. Hak penebusan ini juga terlucut setelah tamat tempoh notis peringatan terakhir penebusan.
netiquettenetikaTeknologi Maklumate-PembelajaranEtika dalam Internet. Etika ini melibatkan kod atau kaedah tingkah laku yang sesuai semasa berinteraksi dalam Internet sama ada melalui e-mel, sembang-sembang atau ketika menggunakan kumpulan Usenet. Contohnya, menaip mesej dengan menggunakan huruf besar semuanya bermaksud anda menjerit dalam web. Pengguna tidak boleh menghantar e-mel kepada sembarang orang, terutamanya e-mel yang mengandungi mesej tidak munasabah atau yang tidak dimintanya.
Cosmetic Advertising CodeKod Pengiklanan KosmetikHerbaPeraturan dan PemasaranPanduan kepada pihak industri kosmetik dalam membangunkan mesej pengiklanan dengan cara beretika. Kod pengiklanan kosmetik bertujuan untuk memastikan pemasaran dan pengiklanan kosmetik berasaskan herba adalah dengan cara yang menggalakkan penggunaan kosmetik yang berkualiti, bertanggungjawab secara sosial dan tidak mengelirukan atau menipu pengguna. Menurut kod tersebut, iklan mestilah mengandungi maklumat yang boleh dipercayai, tepat, jujur, informatif, seimbang dan terkini. Iklan tersebut mestilah berupaya untuk memberi pengesahan terhadap tuntutannya dan beradab. Iklan tidak boleh mengandungi kenyataan yang mengelirukan atau tidak dapat disahkan tuntutannya atau maklumat yang disembunyikan bagi mendorong penggunaan tidak munasabah atau menimbulkan risiko yang tidak wajar. Pengiklan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap iklan yang diterbitkan.
123

Kembali ke atas