biased sample | sampel bias | Sosiologi | Tiada | Sampel statistik yang tidak mewakili secara saksama populasi yang dikaji di dalam sesuatu uji kaji. |
equitable geographical distribution | pembahagian geografi saksama | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Pengagihan keanggotaan dalam pertubuhan dan agensi antarabangsa mengikut geografi secara adil dan saksama. Amalan ini dilaksanakan bagi memastikan setiap benua mempunyai wakil dalam pertubuhan atau agensi berkenaan. Contohnya, anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dipilih berdasarkan agihan kedudukan geografi. |
fair conduct | perlakuan saksama | Ekonomi | Tiada | Amalan perniagaan yang dianggap adil dan tidak berdiskriminasi. |
decision making | pembuatan keputusan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Proses atau tindakan mengambil ketetapan bagi sesuatu perkara atau isu. Pembuatan keputusan merupakan satu perkara yang amat penting dalam bidang pentadbiran dan pengurusan. Setiap keputusan yang diambil mestilah profesional, rasional, bijaksana, tepat, adil dan saksama serta tidak bias kepada mana-mana pihak. Ini kerana setiap keputusan akan mempengaruhi segala aktiviti, rancangan dan perjalanan sesebuah organisasi. Dalam proses pembuatan keputusan, beberapa perkara perlu dikenal pasti iaitu, (i) Penyataan masalah dan pengumpulan maklumat, (ii) Mencari alternatif, (iii) Meramalkan kemungkinan yang akan berlaku dan merancang perkara-perkara di luar jangkaan, dan (iv) Membuat ketetapan, menentukan risiko dan ganjaran yang akan diterima. Antara beberapa masalah yang biasa berlaku berhubung dengan proses pembuatan keputusan iaitu kelewatan, penyelewengan, kekaburan dan ketidakpastian. |
administration of justice | pentadbiran keadilan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Autoriti yang dimiliki majikan berdasarkan statusnya untuk mentadbir dan membuat keputusan berdasarkan pertimbangan yang wajar dan saksama. Autoriti ini diterjemahkan dalam bentuk tindakan yang adil kepada semua kakitangan dalam organisasi. Tindakan ini tidak boleh diambil dengan sewenang-wenangnya kerana perlu berpandukan kepada peraturan dan tatacara yang telah ditetapkan. Contohnya, pembuangan kakitangan dalam organisasi perlu berlandaskan peraturan dan tatacara yang sah. |
civil rights | hak awam | Sains Politik | Politik Perbandingan | Hak yang dimiliki oleh setiap individu tanpa mengira kedudukan atau status yang dilindungi mengikut perlembagaan atau undang-undang. Hak awam terdiri daripada dua jenis iaitu hak asasi manusia dan hak politik. Hak asasi manusia seperti hak mendapat layanan adil daripada kerajaan, hak mendapat perlindungan undang-undang yang saksama, proses perbicaraan yang adil sama ada dari sudut layanan atau guaman. Hak awam ini menolak perbicaraan yang tidak adil termasuk hukuman yang berat sebelah, diskriminasi agama, etnik atau kelas, penangkapan yang tidak berasas dan juga keganasan pihak berkuasa. Hak politik pula merupakan teras kepada kebebasan dan kesejahteraan masyarakat. Hak asasi politik juga antara lain termasuk kebebasan bersuara dan beragama, membantah secara aman terhadap dasar kerajaan serta kebebasan menganggotai sesebuah organisasi atau kesatuan. |
civil liberties | kebebasan awam | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kebebasan orang ramai dalam melakukan sesuatu tanpa melampaui batas perlembagaan. Kebebasan ini merupakan hak individu dalam sesebuah negara yang merdeka. Hak ini amat bernilai bagi memastikan sesebuah sistem politik itu berkembang dan berfungsi, khususnya dalam sistem politik demokrasi. Kebebasan awam merangkumi pelbagai bidang seperti kebebasan bersuara, beragama, mengeluarkan pendapat, bergerak, berorganisasi dan mendapat pengadilan yang saksama. Bagi sesetengah negara, kebebasan awam dinyatakan secara bertulis dalam perlembagaan namun terdapat juga negara yang tidak menyatakannya secara bertulis. Hak ini amat penting bagi melindungi rakyat daripada sebarang tindakan kekerasan atau tidak berperikemanusiaan oleh mana-mana golongan ataupun kerajaan. |
racial discrimination | diskriminasi ras | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Tindakan membeza-bezakan individu atau kumpulan individu yang lain kerana prasangka terhadap ciri fizikal, budaya, bahasa dan agama individu atau kumpulan individu tersebut. Dalam konteks undang-undang antarabangsa, peruntukan undang-undang mengenai diskriminasi ras terkandung dalam Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Ras 1965. Konvensyen tersebut mentakrifkan diskriminasi ras sebagai pembezaan, pengecualian, kekangan atau tindakan memberi kelebihan kerana ras, warna, keturunan atau asal-usul dengan tujuan atau kesan yang menidakkan atau mencacatkan pengiktirafan, penikmatan dan pelaksanaan hak dan kebebasan asasi dalam aspek politik, ekonomi, sosial, budaya dan kehidupan awam lain secara saksama. Walau bagaimanapun, konvensyen ini tidak terpakai kepada perbezaan layanan yang diberikan antara warganegara dan bukan warganegara. Diskriminasi ras juga tidak mencakupi langkah khas yang memberikan kelebihan kepada ras atau etnik tertentu yang memerlukan perlindun |