Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Peribahasa

Pandang-pandang orang dijadikan ganti tubuh;
     pertama tegak,
kedua roboh.

Bermaksud :

Orang yang akan dijadikan wakil dalam sesuatu perkara hendaklah dipilih dengan saksama, kerana kalau orang itu baik dan setia, selamatlah, tetapi kalau orang itu jahat dan tidak jujur, binasalah.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
disaffectedtidak setiaUndang-undangTiadaTidak menyokong atau tidak sanggup menyokong pemerintah.
brand switchingperalihan jenamaKomunikasiKorporatSalah satu daripada tingkah laku pengguna dalam membuat keputusan pembelian barangan atau perkhidmatan. Proses peralihan jenama dipengaruhi oleh beberapa faktor, seperti harga, gaya hidup baru, umur, pekerjaan, desakan jurujual dan kempen iklan. Pengguna yang mempunyai tingkah laku ini tidak setia terhadap sesuatu jenama dan mudah dipengaruhi oleh persekitarannya. Pengurus pemasaran sentiasa memantau tingkah laku pengguna terhadap sesuatu jenama dalam perancangan kempen jualan, promosi, dan pengiklanan. Selain berusaha mengekalkan pengguna sedia ada, mereka cuba mempengaruhi pengguna lain mengubah kesukaan daripada jenama sedia ada kepada jenama yang dipromosikan. Peralihan jenama biasanya merupakan tingkah laku semula jadi manusia yang suka kepada perubahan.
allegiancekesetiaanSains PolitikPolitik PerbandinganKepatuhan atau taat setia oleh rakyat, pengikut atau penyokong terhadap pemerintah, ketua atau pemimpin masyarakat. Nilai ini bertunjang kuat dalam masyarakat feudal. Kepatuhan atau taat setia ini lazimnya bersifat tidak berbelah bahagi seperti yang terdapat dalam amalan penaung-dinaung. Asas kepada kesetiaan ini ialah kepentingan yang dimiliki oleh kedua-dua pihak. Contohnya, nilai kesetiaan rakyat terhadap pemerintah atau sultan seperti yang digambarkan dalam Sejarah Melayu.
no contesttiada perlawananSukanTiadaSuatu keputusan yang menetapkan bahawa pertandingan tidak dapat diteruskan kerana ada gangguan yang tidak dapat diatasi oleh urus setia atau penganjur pertandingan.
clienteleklientelSains PolitikPolitik PerbandinganSekelompok masyarakat yang memberi sokongan atau taat setia kepada seseorang atau organisasi tertentu. Sokongan yang diberi bersifat tidak berbelah bahagi dan mereka ini akan diberi ganjaran oleh pihak yang menerima. Konsep ini pada asalnya merujuk kepada sekelompok masyarakat atau individu yang memberi undi kepada seseorang atau sesebuah parti bagi satu tempoh tertentu yang membentuk pula satu jaringan hubungan sosial. Hubungan ini melibatkan sama ada dua atau tiga lapis kelompok. Kelompok yang pertama ialah kelompok yang memerlukan sokongan yang disebut sebagai ahli politik, kelompok yang kedua diklasifikasikan sebagai ejen klientel yang akan bertindak menghubungkan kelompok pertama dengan kelompok ketiga yang dikenali sebagai klientel. Klientel dalam hubungan ini akan menyerahkan sokongan mereka kepada ahli politik melalui rundingan yang dibuat dengan ejen klientel dan sebagai balasannya ahli politik akan memberi imbuhan yang berbentuk khusus seperti pemberian kontrak, perniagaan atau kemudahan tertentu, b
reciprocitykesalinganSains PolitikPolitik PerbandinganHubungan antara dua pihak yang saling membantu antara satu sama lain. Hubungan ini tidak semestinya sentiasa berjalan tetapi apabila satu pihak memerlukan bantuan, pihak satu lagi sedia membantu dan demikian juga sebaliknya. Keadaan ini wujud kerana semangat setia kawan yang tinggi dan kesedaran pentingnya rakan yang boleh membantu apabila diperlukan. Contohnya, hubungan UMNO dan MCA kesalingan. Sinonim timbal balik.
aristocratgolongan bangsawanSains PolitikPolitik PerbandinganGolongan atasan yang menguasai pemerintahan sesebuah negara dan mempunyai kekayaan serta kedudukan ekonomi yang kuat. Golongan ini biasanya mempunyai pengikut yang besar dan setia serta banyak terdapat pada zaman feudal dan masih kekal sehingga sekarang. Walaupun begitu, pada masa kini golongan ini tidak lagi menguasai atau mendominasi politik dan ekonomi. Istilah aristokrat pula berasal daripada perkataan Greek yang membawa maksud sistem pemerintahan yang dikuasai oleh golongan yang terbaik. Contohnya, golongan Haciendas di Amerika Latin pada abad ke-l8 dan Lord atau Baron di England pada abad ke-15. Sinonim golongan aristokrat.
brand loyaltykesetiaan jenamaKomunikasiKorporatTanggapan, pandangan, sikap, atau kepercayaan positif terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan serta perasaan keakraban, keberkaitan, dan keterlibatan yang kukuh dalam kalangan khalayak terhadap sesuatu jenama barangan dan perkhidmatan. Perasaan ini merupakan peringkat kesan iklan terakhir yang hendak dicapai oleh pengiklan. Setiap syarikat perniagaan barangan dan perkhidmatan akan berusaha untuk mewujudkan pengguna yang setia terhadap jenamanya dengan menggunakan pelbagai kaedah pengiklanan. Hal ini kerana kesetiaan tersebut boleh mewujudkan sekumpulan pengguna yang sukar mengubah cita rasa terhadap barangan atau perkhidmatan lain dalam sebarang keadaan. Ciri-ciri kesetiaan khalayak terhadap barangan ialah barangan diterima dan diwarisi dalam keluarga pengguna, barangan wujud dalam pasaran dalam tempoh masa yang lama, serta mutu barangan yang memberikan kepuasan dan tidak menghampakan pengguna. Selain itu, berlaku pengulangan pembelian dan penggunaan barangan. Perubahan nilai harga barangan atau perkhidma
feudalismfeudalismeSains PolitikPolitik PerbandinganSistem masyarakat yang didominasi oleh golongan diraja dan bangsawan dengan golongan rakyatnya berada dalam kedudukan bawah, lemah serta menjadi subjek kepada raja. Dalam sistem ini, raja memiliki kuasa yang tinggi dan memerintah tanpa batasan serta dibantu oleh golongan pembesar atau bangsawan yang memiliki kedudukan tinggi dalam masyarakat. Kekuasaan pemerintah tertumpu pada istana dan tidak ada suatu badan yang memeriksa kedudukan kuasa raja ini. Dengan itu, raja bebas memerintah menurut budi bicara sendiri dan hanya mendengar nasihat daripada pembantunya. Dalam sistem ini, peralihan kuasa berasaskan keturunan yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Rakyat di bawah pemerintahan ini mengerjakan tanah raja atau menyewa tanah pembesar untuk menyara hidup. Fahaman ini mementingkan kedudukan hierarki, unsur setia dan daulat antara pemerintah dengan rakyat. Contohnya, sistem Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-14 jelas mengamalkan sistem feudalisme.

Kembali ke atas