shall not be bound to account to | tidaklah terikat menerangkan | Undang-undang | Tiada | Tiada |
negation | penafian | Matematik | Tiada | Pernyataan yang dibentuk dengan menggunakan perkataan “bukan”, “tidak” atau “tidaklah benar bahawa”. Secara simbol, penafian kepada pernyataan “p” diwakili dengan “-p”. Misalnya, penafian bagi pernyataan “Hasil darab 2 dengan 3 ialah 6” ialah “Hasil darab 2 dengan 3 bukan 6”. Apabila pernyataan “p” benar, penafiannya “-p” palsu; sebaliknya, apabila pernyataan “p” palsu, penafiannya “-p” benar. |
novella | novela | Kesusasteraan | Tiada | Prosa cereka yang lebih panjang dan agak lebih kompleks daripada cerpen, tetapi tidaklah sepanjang novel. |
novelette | novelet | Kesusasteraan | Tiada | Prosa cereka yang lebih panjang dan agak lebih kompleks daripada cerpen, tetapi tidaklah sepanjang novel. |
variant | varian | Kesusasteraan | Tiada | 1. Bacaan-bacaan yang berbeza dalam beberapa naskhah . Contoh: Selamat sempurna ratu kedua, Tidaklah ada kira-kira dan hawa, Sebarang perintah anakanda jua, dua buah negeri menteri punggawa. Tamatlah sudah Ken Tambuhan, Barang yang mendengar belas kasihan, Pilu bercampur dengan rawan, Air mata pun jatuh berhamburan. [Syair Ken Tambuhan hlm. 225] |
dysphemism | desfemisme | Kesusasteraan | Puisi | Gaya pengucapan sesuatu pemikiran dalam nada yang kasar. Walau bagaimanapun ungkapan yang digunakan itu tidaklah sampai menyinggung perasaan pembaca atau khalayak pendengar. Contohnya, puisi "Celana Dal am" dalam antologi Kemala 152 karya Ismail Muhammad. Sinonim ungkapan kasar. |
premature infant | bayi pramatang | Perubatan | Tiada | Bayi yang dilahirkan selepas minggu ke-27, tetapi belum cukup bulan. Peluang untuk anak ini hidup tidaklah begitu baik dan bergantung pada berat tubuhnya semasa lahir. |
vein | vena | Perubatan | Tiada | Pembuluh darah yang membawa darah yang ternyahoksigen dari seluruh tubuh ke jantung, kecuali vena pulmonari. Sama seperti arteri, dinding vena juga mempunyai tiga lapisan, iaitu lapisan dalam, tengah dan luar, tetapi tidaklah setebal arteri. Kebanyakan vena mempunyai injap yang mencegah pengaliran balik darah ke belakang supaya darah dapat mengalir terus ke jantung. |
semi-skilled labour | buruh separuh mahir | Ekonomi | Tiada | Buruh yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu yang diperoleh daripada pengalaman bekerja dan/atau latihan separuh profesional. Buruh separuh mahir berbeza daripada buruh mahir dari segi kepakaran, iaitu kepakaran yang dimiliki tidaklah begitu khusus dan memerlukan proses pembelajaran atau latihan yang lebih rumit dan yang lebih lama memakan masa. Misalnya, mekanik kereta, juruteknik, dan jurukimpal. |
standard deviation | sisihan piawai | Psikologi | Psikologi Umum | Ukuran variasi yang boleh memperlihatkan jumlah variasi dalam kalangan skor. Contohnya, jika skor daripada kajian psikologi tentang motivasi tidak berhimpun dekat dengan min, maka sisihan piawainya besar. Begitu juga jika skor sisihan piawai kecil, maka skor motivasi kajian tersebut tidaklah terlalu berbeza antara satu sama lain. |