Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tikam;

Puisi
 

Orang menyabung di balik teluk,
     Kena tikam habis berlubang;
Ayam terkepung di pagar buruk,
     Terkam musang lalu terbang.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Tinggi gelepur,
     rendah laga.

Bermaksud :

Banyak cakap, tetapi tidak ada buktinya; sombong. (Peribahasa lain yang sama makna: Tinggi kelepur, rendah tikam). gelepur = melompat menyerang kelepur.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bunga tikam seladangbunga tikam seladangKesenianTiadaMotif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk bunga tikam seladang yang mempunyai bunga empat kelopak besar yang runcing pada hujungnya.
reparteetikam balasKesusasteraanTiadaJawapan yang tepat lagi bijak.
stab incisionturisan tikamVeterinarTiadaTiada
puncture woundluka tikamPerubatanTiadaLihat luka tusuk.
political managementpengurusan politikPentadbiranPentadbiran Awam

Pentadbiran yang dilakukan terhadap pejabat dalam usaha menangani pelbagai krisis politik, tindakan politiking, fitnah dan tikam belakang yang berlaku dalam politik pejabat. Pengurusan ini cuba mengelak atau mengendurkan ketegangan yang wujud dalam organisasi. Pengurusan politik boleh juga dilihat dari sudut yang lain seperti pelantikan ke jawatan yang lebih tinggi, pembahagian kerja, penyusunan hierarki, kenaikan pangkat, pemberhentian atau persaraan.

puncture woundluka tusukPerubatanTiadaLuka pada kulit atau tubuh akibat tusukan alat yang tajam dan runcing, seperti pisau, gunting, jarum dan paku. Sin: luka tikam
contestationpersainganSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan saling mempengaruhi antara individu, kelompok dan organisasi dalam sesuatu arena seperti ideologi, sokongan masyarakat, idea atau pemikiran. Situasi ini wujud dalam dua bentuk yang utama iaitu, persaingan yang bersifat positif apabila pihak yang bersaing menggunakan pendekatan yang sihat dan bermoral bagi memperoleh pengaruh masing-masing seperti menonjolkan manifesto, poster dan imej yang baik tanpa menghina pihak lawan. Contohnya, penggunaan poster secara berleluasa di kalangan parti politik dalam memperoleh undi semasa pilihan raya. Bentuk kedua merupakan persaingan yang bersifat negatif iaitu pihak yang bersaing menggunakan pendekatan yang bersifat matlamat menghalalkan cara seperti sabotaj, tikam belakang, fitnah, kawalan undang-undang, indoktrinasi intelektual, kronisme dan nepotisme untuk mendapatkan sokongan.

Kembali ke atas