Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tinggi (adjektif)
1. Dalam konteks orang
bersinonim dengan panjang, lampai, langsing, renjong, tonjeng, lonjong, agam, ampai,
Berantonim dengan pendek

2. Bersinonim dengan luhur: mulia, murni, besar, agung,
Berantonim dengan hina

3. Bersinonim dengan angkuh: bongkak, congkak, sombong, pongah,

4. Dalam konteks suara
bersinonim dengan nyaring, muluk, halus dan keras,
Berantonim dengan rendah

5. Dalam konteks harga
bersinonim dengan mahal, melambung, menjulang, meningkat, naik,
Berantonim dengan rendah

Kata Terbitan : meninggikan, ketinggian,

Puisi
 

Rumput tinggi tepi hutan,
     Bintang timur tinggi melambung;
Minta rezeki besar lautan,
     Minta umur tinggi gunung.


Lihat selanjutnya...(1000)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tablelanddataran tinggiGeologiTiadaKawasan yang luas dan tinggi yang sebahagian besar daripada permukaannya berkeadaan rata.
high-radiation fluxfluks sinaran tinggiKejuruteraanTiadaPengaliran sinaran atau zarah yang mempunyai keamatan tinggi per unit luas per unit masa.
HSSI (high speed serial interface)HSSI (antara muka bersiri kelajuan tinggi)Teknologi MaklumatTiadaAntara muka rangkaian piawai bagi komunikasi bersiri berkelajuan tinggi dalam rangkaian kawasan luas (WAN).
dense populationpenduduk padatGeografiTiadaBilangan penduduk yang tinggi berbanding dengan luas kawasan yang didiami.
agglomerateaglomeratNanoteknologiTiadaGumpalan nanozarah yang terbentuk melalui tindak balas daya yang lemah seperti daya van der Waals atau ikatan kusut fizikal yang mudah. Luas permukaan yang terhasil adalah serupa dengan jumlah luas permukaan komponen individu. Nisbah luas permukaan dengan isi padu yang tinggi memberikan tenaga permukaan yang tinggi, untuk meminimumkan tenaga permukaan nanozarah menghasilkan aglomerat. Tindak balas ini menyebabkan berlakunya proses lekatan di antara nanozarah hingga membentuk zarah bersaiz lebih besar.
tubular reactorreaktor tubulBioteknologiTiadaBioreaktor tiub berlingkar yang mempunyai luas permukaan yang tinggi dan masa penempatan biopemangkin yang lebih lama. Biopemangkin disekat gerak pada dinding tiub yang dibuat daripada kaca atau nilon. Substrat dimasukkan ke dalam tiub tersebut untuk bertindak balas dan hasilnya dipungut di salah satu hujung tiub tersebut.
bamboo activated carbonkarbon teraktif buluhBuluhTiadaBahan yang mempunyai luas permukaan yang tinggi, berliang dan kaya dengan kumpulan berfungsi, dihasilkan daripada buluh melalui proses pembakaran tertutup dengan kehadiran bahan pengaktif. Bahan ini digunakan sebagai penjerap dan penyerap pencemaran.
form factorfaktor bentukPerhutananTiada1. Nisbah isi padu kayu yang diperoleh daripada hasil darab tinggi pokok dengan luas pangkal yang biasanya diukur pada ketinggian aras dada, iaitu 1.44 meter. Faktor bentuk digunakan untuk menganggarkan isi padu kayu yang boleh dihasilkan daripada sesuatu dirian. 2. Nisbah modulus kepecahan batang rasuk yang mempunyai bentuk dan ukuran tertentu kepada modulus kepecahan rasuk piawai.
high-pressure liquid chromatographykromatografi cecair tekanan tinggiKimiaTiadaTeknik pemisahan yang menggunakan tekanan tinggi untuk memaksa fasa cecair mobil mengalir melalui fasa pegun yang mempunyai luas permukaan yang besar, sangat berguna untuk sebatian tidak mudah meruap.
charge densityketumpatan casKimiaKimia AnalisisBilangan cas bagi setiap unit luas permukaan atau isi padu. Apabila bilangan elektron pada satu bahagian spesies tinggi, maka ketumpatan casnya juga tinggi.
12345

Kembali ke atas